Nampaknya pengguna jalan raya yang melalui Kampung Lekir dan Beruas berpeluang menjimatkan masa melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang baru sahaja dibuka malam tadi.

Jajaran seksyen 9 dan 10 sepanjang 45 kilometer ini bakal dilaporkan bakal menjimatkan masa perjalanan pengguna jalan raya selama 30 minit dari Kampung Lekir ke Beruas. Selain itu, pembinaan lebuh raya ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan.

dz6hwysu0aexmhu-28_49_717171
Sumber: libur

Untuk pengetahuan, lebuhraya yang menelan kos RM917 juta ini dilengkapkan dengan lima persimpangan iaitu Kampung Lekir, Sitiwan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas. Lebih menarik, pembukaan lebuhraya ini tidak dikenakan tol buat sementara waktu membolehkan para pengguna menjimatkan kos perjalanan dan masa.

Pada 31 Mei lalu, jajaran seksyen 8 ini sudahpun dibuka menghubungkan persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan lebuh raya. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Touch ‘n Go PayDirect Kini Tersedia Di Lebih Banyak Lebuh Raya Termasuk LDP

Lebuh Raya Pertama Kelantan Kini Dibuka

Jerman Sudah Buka Sebahagian Daripada 100 KM Lebuh Raya Basikal

Sumber