Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan pemain negara supaya tidak cemas ketika turun beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah, beliau sempat berkongsi kisah lucu yang menyebabkan rasa cemasnya hilang ketika kali pertama beraksi di Sukan Olimpik.

Baca Juga:

“Semasa saya turun gelanggang Olympic pertama saya, walaupun bertemu Ng Wei dari Hong Kong , bergetar juga tangan I kerana cemas. Peluh tak henti-henti membasahi baju yang dipakai. Fikiran menjadi kusut masai.

“Coach nampak I gelisah, dia tahu yang I dah cemas. Dia pon call Team Malaysia punya psychologist atau motivator (tak sure role) mari bagi ketenangan.

“Mamat ni pon sampai kat aku. Terus dia pegang tangan aku nk bagi motivational speech

“Jason, jangan cemas. Ini kali pertama kau I tahu. Tapi Jason, teguhkan mental dan emosi. Jangan cemas”.

“Aku pandang coach. Coach pandang aku. Kita heran. Sejak bila nama I Jason. Aku pon tiao “Weh bro. Aku bukan Jason la,” tulisnya menerusi laman instagram.

Ujar Chong Wei, pakar itu membalas tegurannya dan memberitahu bahawa Jason itu ialah namanya.

“Mamat tu balas, Jason ialah nama saya. Saya pon cemas gak. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar. So sebelum I motivate u, I motivate i sendiri dulu.

“Terus gelak beruk aku dan coach… Terus hilang cemas aku.. Maybe itu la cara tersendiri psychologist ini,” tambah Lee Chong Wei.

Chong Wei merupakan pemenang pingat Perak acara perseorangan lelaki ketika Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016. Kali ini, beliau berharap atlet negara dapat mencipta sejarah bawa pulang pingat emas buat kali pertama.

“Jangan cemas, raih emas. Jangan putus berdoa dan menyokong agar skuad kebangsaan dapat kembali dengan emas pertama negara. Jangan cemas! Malaysia boleh,” katanya.