Sejurus penutupan restoran Raj’s Banana Leaf Bangsar atas faktor kebersihan, pemilik bersama restoran berkenaan, Datuk Lee Chong Wei telah meletak jawatan sebagai direktor syarikat berkenaan berkuat kuasa serta merta.
Pada awalnya ianya sekadar khabar angin yang mengatakan Datuk Lee Chong Wei mempunyai sangkut paut dan merupakan pemilik saham majoriti restoran berkenaan.
Dalam posting yang dikongsi pihak Raj’s Banana Leaf, Datuk Lee Chong Wei adalah salah seorang pengarah bersama syarikat ini dan telah meletak jawatan berikutan insiden ini dan Lee Chong Wei langsung tidak terlibat dengan sebarang urusan seharian restoran berkenaan.
Pihak pengurusan turut membuat permohonan maaf sekali lagi terhadap insiden berkenaan dan akan menambah baik urusan seharian mereka selepas ini. Adakah operasi dan kedatangan pelanggan Raj’s Banana Leaf akan kembali seperti biasa selepas ini?