Legend skuad kebangsaan Brazil, Romario kembali beraksi di peringkat profesional dimana beliau kini bergelar pemain kelab yang berpangkalan di Rio De Janeiro iaitu America FC yang mana beliau juga memegang jawatan sebagai presiden kelab.
Selepas proses pendaftaran beliau selesai, Romario bakal beraksi dalam saingan divisyen kedua Carioca Championship, salah satu liga di Rio De Janeiro.
Baca Juga:
- Hos Keluar Sekejap Calon Presiden FAM Yang Baharu?
- Piala Asia B-23: Kalah Kepada Qatar, Indonesia Hantar Surat Protes Kepada AFC
- Shin Tae-yong: Ini Bukan Perlawanan Bola Sepak, Ini Acara Komedi
📝 𝗗𝗘𝗔𝗟 𝗗𝗢𝗡𝗘: 58-year-old Romário has been signed by América-RJ to play in the second division of the Campeonato Carioca:
🗣️ Romário: “I'm going to make another dream come true, playing next to my son.
Few athletes, and football players, have the opportunity to play… pic.twitter.com/YBBYesW95X
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 17, 2024
Bekas pemain Barcelona ini menegaskan tujuan utama beliau mendaftar sebagai pemain adalah kerana mahu beraksi bersama anaknya iaitu Romarinho yang juga beraksi di posisi serangan.
“Saya tidak akan beraksi dalam saingan liga, tetapi lebih suka bermain beberapa perlawanan untuk pasukan kegemaran saya dan membuat impian lain menjadi kenyataan iaitu bermain bersama anak saya.
“Saya juga akan menerima gaji minimum dan akan mendermakan semula wang tersebut kepada kelab,” katanya.
Romario bermain perlawanan rasmi terakhirnya pada November 2009 apabila dia bermain untuk America FC yang juga merupakan kelab kesayangan mendiang bapanya iaitu Edeair.
Beliau telah berkhidmat sebagai presiden America FC sejak 2009. Lima tahun kemudian, beliau telah dipilih sebagai senator untuk Rio de Janeiro.
Kejayaan yang paling diingati dalam karier Romario ialah ketika beliau membantu Brazil memenangi temasya Piala Dunia pada edisi 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau pernah memenangi La Liga bersama Barcelona pada musim 1993/94 selain muncul naib juara saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim yang sama.