Setiap kali munculnya filem terbaru Star Wars, LEGO antara yang aktif dalam mengeluarkan produk serta filem pendek. Pada kali ini, bersempena dengan pelancaran Blu-ray filem Star Wars: The Last Jedi, LEGO telah mengeluarkan ringkasan filem ini yang dibawakan dalam versi LEGO dalam jangka masa 2 minit.

Tonton video ini untuk melihat kembali plot-plot penting yang berlaku sepanjang filem The Last Jedi. Berdasarkan komen netizen, ramai yang bersetuju ringkasan daripada LEGO ini lebih membuatkan mereka teruja berbanding menonton filem penuh The Last Jedi.