Seorang kanak-kanak warga asing tidak pernah terbayang bahawa beliau akan sampai ke Malaysia selepas bermain bersama kawan-kawannya di kampung halaman yang jauh di Bangladesh.
Kisah kanak-kanak malang ini dilaporkan oleh media tempatan di mana beliau dijumpai lemah dan tidak bermaya selepas 5 hari terkunci di dalam kontena.
Baca Juga:
- ‘Terima Kasih Berkhidmat 16 Tahun’- Majikan Sebak Pekerja Bangladesh Pulang Ke Kampung
- Santai Menulis Dalam Bahasa Malaysia Di FB, Telatah Jejaka Bangladesh Ini Jadi Perhatian
Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak polis, difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh dari Chittangong, Bangladesh.
Remaja lelaki warga Bangladesh terperangkap selepas bermain dan terkunci ketika kontena ini berada di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.
Mangsa hanya ditemui 5 hari kemudian dlm keadaan lemah ketika kapal bawa kontena itu berlabuh di Port Klang. pic.twitter.com/0BitaASt1p
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 19, 2023
Berdasarkan keterangan kanak-kanak tersebut, beliau dikatakan sedang bersama kawan di Chittagong dan masuk ke dalam kontena dan terkunci di dalamnya.
Beliau tidak dapat keluar dan berada di dalam kontena selama 5 hari. Ketika dijumpai oleh pihak pengurusan kapal, beliau berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Kanak-kanak tersebut kini sudah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan doktor yang merawat telah sahkan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil.