Warganet terkejut apabila mendapat tahu seorang lelaki Bangladesh bekerja di Malaysia mampu meraih RM5,000 sebulan.
Menerusi hantaran TikTok @syokgeng, lelaki tersebut sudah hampir 10 tahun menetap di Malaysia.
Baca Juga:
- Penuntut Universiti Awam, Lelaki Dari Bangladesh Jadi Pembeli iPhone 17 Terawal Di Apple TRX

- Indonesia Tahan Puluhan Migran Rohingya & Bangladesh, Berjaya Patahkan Rancangan Guna Laluan Laut ke Malaysia

- 37% Tenaga Kerja Asing Di Malaysia Adalah Bangladesh

Sepanjang tempoh itu dia tidak pernah pulang semula ke negara asalnya. Menurutnya Malaysia merupakan satu negara yang sempurna.
“Malaysia Okay. Malaysia kerja Okay. Tidur Okay. Semua Okay di Malaysia.
“Bangladesh tak ada Okay,” katanya.
@syokgeng Bangla ni gaji rm5,000 guys! Kau hadoooo 🫣😝 #syokgeng #mrsyok #bangla #bangladesh
Apabila ditanya tentang gaji, dia menjawab dapat dalam RM5,000 ‘sahaja’.
Temu bual pendek itu membuatkan ramai warganet berasa ‘tidak adil’.
Bagaimanapun ada satu akaun meninggalkan komen, jelaskan sebab-sebab ramai warga asing mendapat gaji tinggi.
“Saya HR unttk pekerja warga asing macam dia. Memag gaji mereka hampir RM5,00 sebulan. Tapi kerja 12 jam sehari, rehat 1 jam, kerja 6 hari seminggu, tak pernah cuti, tak pernah MC.
“Off day kalau suruh datang kerja pun sanggup datang. Suruhlah kerja apa sekalipun, mereka buat saja. Tak pernah merungut, tak pernah kompelin. Kadang sakit-sakit pun datang kerja, tidak mahu ambil MC.
“Lagipun mereka sekali dapat gaji semua hantar kirim balik kampung. Senang cerita, kalau kita sanggup kerja macam mereka, mungkin boleh dapat gaji RM5,000 itu,” kata pengguna TikTok tersebut.
Pada akhir video berkenaan lelaki Bangladesh itu berkata – “Saya punya kerja teruk, saya tak ada cuti.”