Rakyat Malaysia memang cukup terkenal dengan berbudi bahasa dan memghormati antara satu sama lain termasuklah tidak sebarangan minta bergambar dengan berlainan jantina di tempat awam.
Namun, warga asing sepertinya tidak kisah dengan budaya tempatan malahan sedia membawa perangai buruknya ketika berada di Malaysia.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dirakam oleh warga tempatan berkisar tindakan seorang warga asing yang dipercayai dari Bangladesh selamba mengambil gambar dengan pelancong wanita lain dengan cara yang tidak senonoh.
Di dalam video tersebut, kelihatan seorang sosok lelaki Bangladesh yang dengan beraninya mendekati dua pelancong wanita berkulit putih untuk bergambar di sebuah jalan di tengah ibu kota tempatan.
Namun lebih mengejutkan lagi apabila lelaki tersebut dilihat sengaja memegang bahu kemudian merangkul bahagian pingang salah seorang pelancong wanita terbabit.
Selepas selesai, dia beralih perhatian kepada kawan wanita seorang lagi dan berbuat perkara yang sama terhadapnya.
Dia bawak perangai negara dia bawak masuk Malaysia dah 😅 pic.twitter.com/pyIN4MnKqC
— kamaghul deghaman (@kamaghul) February 16, 2025
Warga netizen langsung meluahkan rasa bengang dengan perlakuan tidak senonoh oleh lelaki warga asing itu dan dianggap cuba membawa budaya terbabit ke dalam Malaysia pula.
Dalam masa sama, majoriti netizen turut risau jika kalau perlakuan lelaki Bangladesh akan memberi gambaran negatif terhadap warga lokal.
“Dia bawak perangai negara dia masuk Malaysia dah,” keluh seorang lagi.
“Pasti minah saleh tu kata orang Malaysia…. Sia-sia je,” kata orang seorang netizen tempatan.
“Camsial la warga asing buat perangai kat sini. Suka hati je sentuh orang lain,” tegur seorang lagi.
“Hebat. Sekarang Malaysia bakal dikenali sebagai aneh kepada pelancong luar,” seloroh seorang lagi.
Hal ini kerana bukan semua pelancong luar negara tahu perbezaan di antara rakyat Malaysia dengan warga asing yang datang bekerja ke sini.
Dalam pada itu, ada yang berkongsi warga Bangladesh sebenarnya sudah lama melampui batas apabila sudah semakin berani membuat kecoh di dalam pengangkutan awam seperti bersembang dengan suara yang kuat, memasang audio dengan lantang dan mengambil tempat duduk khas.