Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) baru sahaja memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan penduduk yang bekerja di negara ini adalah seramai 16,779,500 orang sehingga 31 Disember tahun lalu.
Menterinya, Steven Sim berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,368,422 orang atau 14 peratus adalah pekerja asing lapor Buletin TV3.

“Peratusan ini menunjukkan keberadaan pekerja asing dalam negara adalah terkawal kerana masih berada di bawah had siling ditetapkan oleh kerajaan iaitu pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk bekerja negara.

“Peratusan terbesar pekerja asing terdiri daripada pekerja warga Bangladesh yang mewakili 37.96 peratus (898,970 orang) daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Sementara di tempat kedua pula jatuh kepada pekerja dari kalangan Indonesia dengan jumlah 24.58 peratus iaitu 582,108 orang dan pekerja Nepal sebanyak 15.63 peratus merangkumi 370,127 orang.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mengenai kadar peratusan dan jumlah lambakan pekerja asing di Malaysia.
Tambahnya lagi, sejak 18 Mac 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.