Lambakan warga asing Bangladesh di Malaysia membuatkan ramai rakyat tempatan berasa kurang selesa dengan kehadiran mereka.
Tular satu klip video menunjukkan sekumpulan warga Bangladesh duduk ‘berkelah’ di kawasan rumput di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Baca Juga:
- 10 Warga Bangladesh Buka Klinik, Jadi ‘Doktor Palsu’ Di KL
- JIM Jawab Isu Tular Lelaki Bangladesh Dakwa Duduk 6 Tahun Tanpa Permit
- Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Tahan Pengasas Bestinet Dan Sekutunya
Mereka duduk beramai-ramai menghadap kawasan rel keretai api.
Apa nak jadi Malaysia? Lokasi TBS pic.twitter.com/Zmh1zX6Utu
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 3, 2025
Warganet mengumpakan suasana itu seolah-oleh menampakkan kawasan itu seperti ‘Mini Dhaka’ buat warga asing itu.
Netizen mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Ini kerana bimbang jika dibiarkan mereka begitu sahaja, imej hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur tercemar.
“Budaya dan cara hidup kat negara mereka dibawa ke sini.
“Dah macm Dhaka, tolonglah penguatkuasa cuba buat kerja sedikit.
“Rosak dah. Patut penguatkuasa tegur mereka ini. Haritu sewaktu pergi TBS mereka siap mandi lagi dalam tandas dengan gosok gigi. Dah lah beramai-ramai pula itu,” tegur warganet.