Semalam kecoh di media sosial apabila tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki telah membelasah seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.
Kejadian tersebut yang berlaku pada 4 September 2019 lalu telah dikongsi oleh kenalan mangsa di Facebook semalam dan juga disahkan sendiri oleh mangsa, Siti Nur Hidayah.
Hal itu terjadi kerana dipercayai lelaki tersebut berasa tidak puas hati dan berlaku konflik rumah tangga lalu menyebabkan lelaki itu bertindak luar kawalan membelasah bekas isteri dan bapa mertuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh.
Menurut Siti Nur Hidayah, beliau dan ayahnya memberhentikan kenderaan di bengkel kereta kerana menyedari tayar kereta pancit akibat ditoreh selepas menyelesaikan urusan mahkamah.
Kemudian, bekas suaminya bertindak membelasah ayahnya dan beliau yang cuba membantu ayahnya turut dipukul. Orang ramai berdekatan yang ternampak kejadian tersebut cuba untuk meleraikan pergelutan itu, lalu bekas suami mangsa bertindak pergi daripada tempat kejadian.
Selepas itu, mangsa dan ayahnya dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Mangsa telah membuat laporan polis, malangnya bekas suaminya itu dilepaskan pihak polis atas faktor kesihatan iaitu mengalami tekanan perasaan.
Malah, Siti Nur Hidayah juga telah berkongsi keadaan sebenar di Facebook miliknya dan inginkan keadilan serta tidak ingin anaknya berada di bawah jagaan bekas suaminya. Ini kerana bekas suaminya itu sering memukul dan mengganggu keluarganya.
Oleh itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan berharap perkara tersebut akan cepat diambil tindakan. Malah anda juga yang melemparkan kata-kata kurang sopan kepada bekas suaminya itu.
https://twitter.com/suemai/status/1172898127927361536
Guys instead of just maki him here, lets make it viral so that the case cepat sikit kena handle. And please report him at his workplace so that dia kena berhenti kerja. Idc if i sound bad, imagine dia pkul makpak hang. Let him see the outcome of hurting orang tua and perempuan.
— Potato (@ehhmilab) September 14, 2019
Semoga kes ini dapat diselesaikan segera dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan kes jenayah yang berlaku baru-baru ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebh lanjut.
Gagal Samun, Penjenayah Terus Lari Kerana Tindakan Berani Wanita Ini
Tonton Shahrol Shiro Menyamar Sebagai Gelandangan Dan Hampir Dipukul