Seorang lelaki akui dia membuat kesilapan besar apabila membeli Honda Civic semata mata nahu mendapatkan perhatian dan menunjuk nunjuk kepada rakannya.

Sikap tersebut ternyata membawa padah dan memakan diri bagi seorang lelaki yang dilaporkan baru berusia 26 tahun itu.

Lelaki tersebut yang bergaji RM4,000 telah memutuskan untuk membeli Honda Civic berharga RM100,000 yang dibayar menerusi skim pinjaman bank.

Kesannya, dia telah bergelut untuk menampung perbelanjaan hariannya menunggu gaji masuk setiap bulan.

Lelaki berusia 26 tahun itu memberitahu Harian Metro: :Saya ingat dengan kita beli kereta Honda Civic ini, dapatlah kita tunjuk kepada rakan lain.

“Tapi sebaliknya berlaku. Baru saya sedar selepas saya beli kereta, ia menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung hutang bulanan lain.

“Gaji saya sekitar RM4,000 sahaja. Jadi, saya ingatkan dengan membeli kereta berharga lebih RM100,000 itu tak mengapa. Tapi disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, gaji itu sebenarnya tak setimpal dengan kereta yang saya beli.

“Ini kerana kos-kos lain setiap sebulan yang saya perlu bayar seperti sewa rumah, bayaran tempat letak kenderaan, insurans diri, tol dan makan minum.”

Dia menyatakan dia terpaksa menggunakan kad kreditnya untuk membayar bayaran bulanan kereta itu dan untuk menampung perbelanjaan hariannya.

Dia terpaksa berbuat begitu, kerana duit gajinya tidak cukup untuk membayar hutang kereta tersebut.

Lantas dia terpaksa menstrukturkan semula hutangnya kerana risau keretanya kena tarik akibat tidak dapat membayar ‘loan’ tersebut.