Seorang lelaki bernama James Howells memutuskan untuk tindakan saman ke atas Majlis Bandaraya Newport yang mengendalikan pelupusan sampah. Namun tuntutannya akhirnya diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak wajar.

Howells secara tak sengaja terbuang sebuah hard disk yang mengandungi bitcoin bernilai $742 juta atau RM3.17 billion. Dia menyalahkan pihak majlis bandaraya yang dianggap cuai dan tidak berhati hati dalam menjalankan kerja membuang dan melupuskan sampah.

howells
Kenangan terakhir beliau dengan hard disk kesayangannya

Howells suruh ‘ex’ dia buang hard disk tersebut

Sebenarnya, dalam satu kenyataan berasingan, bekas teman wanita Howells, Halfina Eddy Evans sebenarnya membuang hard disk tersebut ke dalam tong sampah atas permintaan Howells  ketika mereka mengemas rumah.

Mereka tidak tahu bahawa hard disk itu adalah yang ada bitcoin. Halfina memberitahu Daily Mail, dia sudah meminta maaf kepada bekas teman lelakinya itu dan kesal di atas apa yang berlaku.

Terbuang Hard Disk Bitcoin Bernilai RM3.17 Billion, Lelaki Ini Mahu Nak Saman Majlis Bandaraya Yang Uruskan Sampah

“Ya saya buang hard disk itu ke dalam tong sampah. Sebab dia sendiri yang suruh saya buang. Ketika itu kami membuang mana mana peralatan komputer yang sudah rosak. Dan dia sendiri meminta saya membuang sahaja hard disk itu,” tegas Halfina.

Ketika nilai bitcoins mencanak, Howells kemudian teringat bahawa dia ada bitcoin yang mampu menjadikannya seorang jutawan. Namun itu tidak berlaku.

Kerana hard disk itu sudah dia buang beberapa tahun lalu pada 2013. Lalu dia cuba mencari dan menggali semula hard disk itu di tapak pelupusan sampah.

Dia juga menuduh Majlis Bandaraya Newport sebagai tidak memberikan kerjasama untuk dia melakukan pencarian. Di mana dia meminta Majlis Bandaraya tersebut menutup seketika pusat pelupusan dan membantunya mencari hard disk itu sehingga ditemui.

sampah

Kisah pencarian Bitcoin yang hilang bernilai ratusan juta dolar akhirnya menemui penamat – dan bukan dalam cara yang diharapkan.

James Howells, lelaki dari Wales yang terkenal selepas secara tidak sengaja membuang sebuah hard drive mengandungi 8,000 Bitcoin ke dalam tapak pelupusan sampah pada tahun 2013.

Dia akhirnya menemui jalan buntu setelah tuntutan mahkamahnya terhadap Majlis Bandaraya Newport ditolak pada tahun 2025.

Howells sebelum ini telah menghabiskan lebih satu dekad mencuba untuk mendapatkan semula hard drive itu yang kini dianggarkan bernilai sekitar $742 juta (lebih RM3.5 bilion).

Mahkamah tolak tuntutan saman Howell

Dia telah mengusulkan pelbagai pelan pencarian, termasuk penggunaan anjing robot, teknologi pengimbasan moden, dan pasukan penggali profesional – kesemuanya ditolak oleh pihak majlis atas faktor risiko alam sekitar dan kos operasi.

Ini kerana jika Majlis Bandaraya menumpukan usaha mencari hard disk itu semata mata dan menangguhkan banyak kerja di tapak pelupusan, ianya akan memberikan kesan lebih buruk kepada pengurusan sampah.

Pada tahun 2025, Howells memfailkan saman terhadap Majlis Bandaraya Newport dengan harapan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membenarkan kerja pencarian dijalankan secara rasmi.

Namun, mahkamah menolak tuntutan tersebut, menyatakan bahawa pihak majlis tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk membenarkan pencarian di tapak pelupusan mereka.

Dengan keputusan itu, usaha rasmi James Howells untuk mengesan semula hartanya yang hilang secara literal terkubur kini berakhir. Hard drive berkenaan kekal tertanam di bawah ribuan tan sampah di tapak pelupusan sampah Newport – menjadi salah satu cerita paling tragis dan ikonik dalam dunia mata wang kripto.