Selepas tular video rider penghantar barang Lalamove yang dipukul tular di media sosial, lelaki yang memakai blazer merah terbabit tampil membuat laporan polis untuk mempertahankan diri daripada kecaman netizen.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada hari yang sama oleh pengawal keselamatan tersebut, beliau mendakwa video yang tersebar itu adalah tidak benar selain mendakwa pemilik video bernama Sakinah hanya merakam separuh kejadian dan bukan apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @syahmilyusof

Dalam pada itu, pemuda yang dikenali sebagai Nazz Hairie itu juga dilihat memuat naik satu hantaran di X berkenaan kejadian berserta gambar yang menunjukkan beliau sudah berbaik namun akaunnya telah dikunci selepas itu.

Difahamkan lelaki berbaju blazer merah itu bertindak sedemikian selepas dikecam teruk oleh netizen kerana tindakannya membelasah penghantar makanan yang ketika itu hanya menurut permintaan daripada wanita bernama Sakinah.

Dalam laporan polis itu juga mengatakan bahawa terdapat salah faham yang menyebabkan pergaduhan mulut antara penghantar makanan dengan salah seorang pengawal keselamatan lain pada awalnya.

“Perkara tersebut telah selesai dan kali kedua rider tersebut mendapat arahan daripada Sakinah untuk menghantar barang di lobi utama Menara IQ dan telah berlakunya pergaduhan mulut dengan pengawal keselamatan lain,” dakwanya.

Dakwanya lagi, beliau bertindak sedemikian bagi menghalang perbuatan penghantar makanan yang cuba untuk mengasari pengawal keselamatan itu dengan menjatuhkannya ke atas lantai.

“Pada masa sama, penama Sakinah itu merakam perbuatan saya dan memuat naik di Facebook dan mengatakan bahawa itu kesalahan saya.

“Video tersebut adalah tidak benar dan dia merakam separuh sahaja,” jelasnya lagi.

Oleh hal yang demikian, laporan polis yang dibuat oleh pemuda terbabit atas tujuan keselamatan diri dan keluarga sekaligus menafikan dakwaan tentang mengasari seorang rider di dalam video yang tular itu adalah tidak benar.

Malah, beliau membuat laporan ini kerana risau akan pekerjaan yang mungkin terjejas di kemudian hari.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof berkata pihaknya telah memanggil lima individu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan.

Sumber