Menjadi tradisi buat para individu bergelar peniaga untuk menawarkan juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.
Dengan adanya khas untuk Bazar Ramadan, orang ramai lebih mudah untuk mengunjungi kerana sudah dihebahkan kepada umum.
Namun, seorang individu mengambil pendekatan yang unik apabila dia telah membuka sebuah gerai di dalam premis kediamannya
Terpampang banting yang dilabel sebagai Mini Bazar Ramadhan pada khemah dan meja jualannya. Difahamkan lelaki itu menjual pelbagai aneka juadah termasuklah nasi berlauk, pasta, kuih-muih dan air cocktail.
Bagaimanapun, tidak kelihatan walau seorang sekalipun yang datang gerai itu setakat dirakam pada saat itu.
Dia turut menulis kapysen yang berharap agar semua peniaga di luar sana dipermudahkan urusan dalam menempuhi liku-liku bisnes yang mencabar ini.
@emanmhmmd moga dipermudahkan segala urusan peniaga diluar sana. #fypツ
Walaupun ia sekadar caranya untuk mempromosikan jualannya, video yang dimuat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen tempatan.
Sebahagian netizen telah menempelak tindakan lelaki itu yang membuka gerai di lokasi yang tidak strategik di mana di dalam ruang parkir rumah sekaligus ia tidak boleh dilihat oleh orang yang lalu lalang.
Di samping itu, ada memberi komen pedas yang meminta si peniaga untuk tidak menyalahkan sihir jika tidak dapat meraih jualan kelak.
Dalam pada itu, netizen sedia menegur keadaan gerainya yang kelihatan kurang menarik turut menjadi faktor sebab tiada pelanggan yang datang bertandang.
Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang memberi sokongan moral dengan memberi nasihat seperti menempatkan khemah jualan di luar kawasan pagar rumah agar lebih dilihat orang ramai di samping membuat siarang langsung di TikTok agar boleh menarik minat orang ramai untuk datang membeli di gerainya.