Seorang elaki yang mencetuskan kekecohan ketika sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya direman polis selama sehari hari ini.
Dipetik daripada sumber Buletin TV3, lelaki berusia yang bekerja sebagai tukang masak itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan.
Permohonan berkenaan dibenarkan oleh Majistret Ezreen Zakaria.
Suspek sebelum ini ditahan pada tengah hari semalam selepas polis menerima lima laporan berkaitan tindakannya yang didakwa mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan pada pagi Isnin lalu.
Video tentang kejadian turut tular di merata media sosial. Di mana lelaki tersebut berkali kali mengeluarkan kenyataan yang memprovokasi pegawai bertugas.
Provokasi sambutan Hari Kebangsaan: Lelaki baju oren diminta tampil ke IPD Putrajaya #trendingnewsmalaysia #provokasi #harikebangsaan2026 #harimerdeka pic.twitter.com/RUWkhBfafl
— Utusan TV (@UtusanTV) September 1, 2026
Tindakan tersebut dipercayai menyebabkan orang ramai bertindak merempuh barisan ketika berebut tempat duduk di Dataran Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, sebelum ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
Lelaki yang mencetuskan kekecohan semasa sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya kelmarin, direman polis hari ini.
Lelaki berkenaan yang juga tukang masak itu direman sehari di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk disiasat.#BuletinTV3 #Mahkamah #Reman #Provokasi… pic.twitter.com/wvvFY3FeSH
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 2, 2026
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan lanjut terhadap suspek.