Seorang lelaki berbangsa Cina tempatan menuai pujian netizen kerana berani menegur seorang lelaki dipercayai warga China yang selamba makan daging khinzir dan membawa anjing di tempat makan kwasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai Arah Selatan.
Lelaki tersebut mengingatkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan tempat berehat orang awam, yang berbilang bangsa dan agama. Adalah tidak sopan untuk makan makanan tidak halal serta membawa anjing ke situ.
Lebih lebih lagi, kawasan RNR memang kawasan menjual makanan halal.
Oleh sebab itu dia menegur lelaki yang selamba membawa makanan tidak halal dan anjing ke dalam kawasan RNR tersebut. Memandangkan beberapa individu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam berada berdekatan lelaki itu, tidak berani untuk menegur, lebih kepada mahu mengelak ketegangan.
Di RnR Simpang Pulai Arah Selatan.. 😎 pic.twitter.com/ql3WiKSRV0
— Tony Montana 🦅 (@Y_X_sucks) July 4, 2026
Cara lelaki berbangsa Cina itu mengambil tanggungjawab untuk berdepan dengan lelaki yang tidak bertanggungawab itu benar benar membuatkan ramai terharu.
“Terima kasih orang Malaysia,” kata seorang netizen menggambarkan bahawa lelaki tersebut benar benar rakyat Malaysia sejati.
Yang lain berkata: “Inilah Malaysia! Mereka yang berbeza agama yang menghormati Islam, faham betapa pentingnya jaga keharmonian dan sanggup tampil bersuara untuk tegur mereka yang tak menghormati. Saya tabik hormat pada lelaki ini atas tindakannya menegur orang tu secara terbuka. Terima kasih tuan.”

Yang lain yakin bahawa lelaki tersebut adalah warga China dari tanah besar, kerana rakyat Malaysia berbangsa Cina memang dah tahu kawasan RNR adalah kawasan untuk makanan halal.
cina china ni… cina ni lenggok percakapan dia lain dgn cina sini. & btw xdanya diorg nk bawa anjing masuk RnR, depa lg berotak…
— Abang 🇲🇾 (@OrgMudaKonon) July 4, 2026