Kejadian curi di pasar raya yang dilakukan oleh wanita kembali menjadi perbincangan netizen di media sosial ekoran satu kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman X menunjukkan dua individu yang dipercayai suami isteri sedang melakukan perbuatan tidak bermoral itu di salah satu pasar raya.

Baca Juga:
- Cuba Curi Kad Kredit Semasa Penerbangan, Warga China Kena Cekup Di Pulau Pinang
- Naik Mercedes AMG, Curi Hilux
- Demi ‘Claim’ Insurans, Pemilik Sanggup Buat Laporan Palsu Dakwa Kereta Audi Dicuri
Mencuri lagi dekat speedmart aku nak tahu memang ada persatuan makcik kepit ke ? Ini lagi dasyat bawa suami mencuri barang dapur sekali.
Tapi mcm mana kepitan dia sangat kuat 😅 pic.twitter.com/WdQBpX4I4E
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) January 10, 2025
Lelaki dalam video itu dilihat sedang melakukan cover line sementara pasangannya mengambil beberapa barang dan kemudiannya meletakkan di celah kangkangnya.
Apa yang menjadi perbincangan oleh netizen ialah bagaimana wanita tersebut mampu untuk meletakkan barang yang dicuri di celah kangkngnya memandangkan beliau mengambil banyak barang dari rak yang diletakkan di pasar raya.
Ada netizen yang berpendapat wanita itu meletakkan alat yang dibuat khas bagi menampung barangan curi namun ada juga yang mengatakan wanita itu sudah sering melakukan perbuatan mencuri dan sudah pakar dalam mengepit barang di celah kangkang.
Tindakan yang dilakukan oleh pasangan ini turut mendapat kritikan dari orang ramai yang mana mereka menggesa agar pasangan ini melakukan kerja yang halal bagi menampung keluarga, bukan dengan mencuri.
Ini bukan kejadian pertama dimana sebelum ini seorang wanita diberkas oleh pihak polis selepas mencuri beg tangan milik pelanggan di sebuah pasar raya di Pandamaran, Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan berkaitan kejadian sebelum itu dibuat mangsa yang juga merupakan wanita berumur 39 tahun.
Beliau berkata, siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Rabu, mangsa menyedari beg tangannya didapati telah hilang dipercayai dicuri.
“Semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mangsa meletakkan beg tangan berkenaan di troli ketika membeli barangan di pasar raya berkenaan.
“Suspek seorang wanita kemudiannya dilihat mengambil beg tangan mangsa sebelum beredar dari pasar raya itu,” katanya.