Kadang-kala ada di antara kita yang bertuah berkenalan dengan pasangan menerusi hobi seperti bermain permainan video secara dalam talian.

Bagaimanapun, tidak semua orang berjaya peroleh pengalaman yang serupa seperti mana yang dihadapi oleh seorang lelaki dari Pulau Pinang baru-baru ini apabila dia terjerat menjadi mangsa sindiket Golden Triangle.

Mahu bertemu buat pertama kali

Difahamkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari Pulau Pinang bertemu seorang wanita berasal dari China yang dikenali melalui permainan dalam talian.

Mereka berdua bersetuju untuk bertemu buat kali pertama di Ipoh. Namun, pertemuan itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila wanita tersebut menutup kepala mangsa dengan kain, menyebabkan lelaki itu pengsan.

Dalam satu temu bual, Jake (nama samaran) berkongsi bagaimana dia bertemu seorang wanita berusia 20-an melalui permainan dalam talian dan kemudian dijemput untuk bertemu dengannya di Ipoh, seperti yang dilaporkan laman WOB.

Kepala diserkup dengan kain

“Sebaik sahaja saya masuk, dia menutup kepala saya dengan kain. Semuanya menjadi gelap, dan saya pengsan. Apabila kami tiba, saya sudah berada di Golden Triangle,” katanya.

@ihishamuddinhashim

Terpedaya dengan “Girlfriend Online” dan kemudian dijual ke Golden triangle. #goldentriangle @apix_boss

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, telah memuat naik video di TikTok beliau untuk menjelaskan bagaimana wanita warga China tersebut telah membawa Jake sehingga ke Laos.

Difahamkan dia telah menempuhi perjalanan dari Kedah sampailah ke sempadan Thailand menggunakan laluan tikus.

Menurut laporan media China, Kwong Wah, apabila mereka akhirnya tiba di destinasi, Jake berkata dia telah diperangkap untuk belajar cara melakukan penipuan.

“Mujurlah, mereka memulangkan telefon saya, jadi saya berjaya menghubungi keluarga saya,” tambahnya.

Jake akhirnya berjaya pulang ke rumah dengan selamat pada 18 Mac, dengan bantuan daripada MHO.