Netizen seolah olah tidak percaya melihat seorang lelaki yang sangat malang disaman KKM dan PDRM pada hari yang sama.
Di mana dalam satu video yang dirakam sahabatnya, lelaki itu disaman 2 kali oleh 2 penguatkuasaan berbeza.
Sebelah pagi dia dikenakan saman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sementara pada sebelah petang pula dia disaman oleh Polis Diraja Malaysia, atau PDRM.
Rakannya sempat mengusiknya dengan bait lagu daripada siri animasi Upin Dan Ipin berbunyi: ‘Tamatlah sudah alkisah kami, terima kasih dan jumpa lagi’.
Bait lirik tersebut antara meme yang sedang popular digunakan warganet untuk menggambarkan seseorang itu sudah tidak berdaya.
Memang takde luck lah brader ni. Pagi kena saman dengan KKM, petang kena saman dengan PDRM 😠pic.twitter.com/ouSVsSZSy6
— kamaghul deghaman (@kamaghul) February 16, 2026
Di ruangan komen netizen menganggap ianya benar benar hari malang lelaki tersebut.
Namun netizen yang lain pula beranggapan ianya bukan sebab nasib malang, namun memang sendiri cari nahas. Netizen percaya lelaki tersebut dikenakan tindakan oleh KKM kerana merokok di dalam kedai makan. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu melanggar peraturan jalan raya pula.
Ada yang berkata: “Kalau dah dua kali kena saman, bukan nasib malang namanya, tapi lebih kepada ada masalah dengan peraturan. Jenis tak nak ikut undang undang.”
Seterusnya ada juga yang beranggapan, KKM sebenarnya boleh sahaja nak ‘buat duit’ menerusi saman ke atas orang awam yang merokok di kedai makan.
Kerana menurut mereka, semakin ramai yang sudah tidak takut dengan peraturan tersebut dan cepat melenting apabila ditegur.
