Pasukan Simpanan  Persekutuan (FRU) Bukit Aman berjaya menangkap 3 lelaki yang melakukan kegiatan haram, memburu harimau belang.

Bangkai seekor harimau belang turut ditemui di dalam kereta mereka. Pasukan FRU bertindak di atas maklumat orang awam, yang membantu dalam risikan dan juga penangkapan ke atas suspek.

FRU telah berkongsi tentang aktiviti haram tersebut di laman Facebook meereka. Di mana  wujudnya aktiviti memburu spesis terancam itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Komander FRU, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof memberitahu, serbuan telah dilakukan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah dilakukan pihaknya di Felda Tenggaroh, Mersing dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Luar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor.

@buletintv3

Unit Risikan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menahan tiga lelaki susulan penemuan bangkai seekor harimau belang dalam kereta. Ketiga-tiga suspek ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit khas untuk memiliki atau menyimpan spesis haiwan yang dilindungi. #BuletinTV3 #FRU #HarimauMalaya #HarimauBelang #Permit

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Kesemua suspek sudah ditahan di Johor, bersama dengan bangkai harimau, sebuah kenderaan dan telefon pelbagai jenama dengan nilai rampasan dianggarkan RM300,000 – berdasarkan laporan Buletin TV3.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Netizen memuji tindakan FRU dan juga PERHILITAN yang berjaya menumpaskan sindiket memburu harimau ini. Dan berharap akan lebih banyak tangkapan dibuat ke atas pemburu haram seperti ini.