Seorang kanak-kanak lelaki pelarian Iran kini bertarung nyawa akibat kecederaan pada tengkorak dan tulang belakang selepas dipercayai dihempas ke lantai keras di sebuah lapangan terbang di Rusia.
Video tersebut tular di X (Twitter) sebelum ini. Pelakunya adalah seorang lelaki Belarus bernama Vladimir Vitkov, 31 tahun.
Tanpa provokasi Vitkov cederakan kanak kanak
Serangan tanpa provokasi itu berlaku hanya beberapa minit selepas kanak-kanak berusia 18 bulan, Yazdan, bersama ibu kandungnya yang sedang hamil, tiba di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow pada 24 Jun lalu, dalam usaha melarikan diri dari keganasan yang sedang berlaku di Iran.
Rakaman video menunjukkan Vitkov mengangkat Yazdan dengan memegang pergelangan kaki sebelum menghempas kanak kanak itu ke lantai dengan kepala dahulu.
Suspek yang cermin mata hitam kemudian cuba melawan orang awam di situ, namun telah berjaya ditahan oleh orang awam dan kemudiannya ditangkap oleh polis Rusia.
Yazdan pada awalnya diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan, namun doktor memaklumkan bahawa tiada kerosakan otak berlaku dan beliau tidak memerlukan rawatan bedah saraf, menurut laporan Daily Miror.
Difahamkan, Vitkov sedang dalam perjalanan pulang ke Belarus melalui Moscow dari Mesir, selepas dipecat daripada pekerjaan sebagai pekerja pembinaan di sebuah loji janakuasa nuklear kerana gagal ujian dadah dan alkohol.
Polis percaya di berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika kejadian berlaku.
Lelaki tersebut telah ditahan serta-merta dan dilaporkan telah mengaku bersalah. Dia tanpa rasa bersalah berkata: “Ya, saya cuba membunuh seorang kanak-kanak itu. Saya berada dalam pengaruh dadah.”
Kecaman daripada masyarakat
Ksenia Mishonova, Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak Wilayah Moscow, menyifatkan Vitkov sebagai “raksasa yang khayal dadah” dan menggesa hukuman berat dikenakan ke atasnya, termasuk “kerja buruh berat sehingga dia menjadi uzur dimamah usia.”
Serangan ke atas kanak kanak itu berlaku ketika ribuan rakyat Iran cuba melarikan diri selepas diserang Tel Aviv, pada 13 Jun lalu.
Iran merupakan sekutu Rusia dalam peperangan di Ukraine. Oleh itu, Rusia menjadi negara yang sedia menerima pelarian dari Iran.
Ketika ini polis mengesyaki, selain pengaruh dadah, ianya juga didorong oleh sikap perkauman lelaki tersebut.