Bermula dengan sekadar ura-ura diikuti dengan perbincangan, Presiden Rusia, Vladimir Putin pada hari ini telah mengisytihar perang ke atas Ukraine tepat jam 5.45 pagi waktu Rusia diikuti dengan operasi ketenteraan dijalankan ke seluruh timur Ukraine.

Menerusi laporan CNN, Rusia nampaknya tidak menunggu lama dalam melancarkan serangan di mana setakat ini terdapat 6 bandar yang telah diserang Rusia sekarang iaitu Kiev, Odesa, Kharkiv, Kramatorsk, Mykolaiv dan Mariupol.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://twitter.com/spectatorindex/status/1496691616492691460

Mengulas dari segi serangan, Rusia dimaklumkan telah menggunakan misil balistik, Multiple Launch Rocket System(MLRS) dan peluru berpandu dalam membedil beberapa buah bandar di Ukraine.

Sementara itu, Senator Marco Rubio, Senator Florida memaklumkan pasukan Rusia akan cuba mengawal lapangan terbang Kiev bagi mengambil alih Ibu Negara berkenaan serangan ke atas Bandar Pelabuhan Mariopol yang berjalan.

Menurut para penganalisis, peperangan yang dijalankan sekaligus memberi amaran kepada pihak Ukraine agar tidak menyertai North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Setakat artikel ditulis, Rusia dilaporkan sedang aktif melancarkan serangan kepada Ukraine sekaligus memberi kesan besar. Vladimir Putin juga turut memaklumkan mereka tidak berniat untuk menjajah negara berkenaan.

Selain itu, Vladimir Putin turut memberi amaran mana-mana negara yang cuba menghalang operasi ketenteraan mereka bakal mengalami situasi yang ‘belum pernah dilihat dalam sejarah’ sekaligus memberi peringatan kepada pihak Amerika Syarikat yang diketuai presiden Joe Biden.

Terkenal dengan watak yang penuh angkuh, Conor McGregor walau bagaimanapun dilihat takut apabila melanggar ‘pantang larang’ ketika bertemu Vladimir Putin.

Akibat Langgar ‘Pantang Larang’, McGregor Takut Dengan Vladimir Putin

Resort Ini Jadi Mangsa Buli Calon SPM 2021, Dakwa Jadi Punca Salah Jawab Ujian Mendengar

Netizen Pertikai Keberkesanan RFID Selepas Gambar Pengguna ‘Tersangkut’ Di Tol Jalan Duta Tular