Penggemar McDonald’s di Rusia telah bergegas ke premis makanan segera terdekat sehingga membentuk barisan panjang untuk satu hidangan terakhir sebelum jenama itu ditutup disebabkan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine.

Rakaman video yang disiarkan dalam talian oleh Ukraine Live News menunjukkan kereta berbaris di stesen pandu lalu, manakala, gambar di Twitter menunjukkan beberapa pelanggan terdesak berbaris di jalanan di tengah-tengah cuaca sejuk.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Gambar-gambar lain menunjukkan warga Rusia yang terdesak untuk menikmati McDonalds berbaris di sekeliling blok, menunggu di kawasan luar dalam suhu yang sangat sejuk untuk mendapatkan hidangan terakhir rantaian makanan segera tersebut.

Situasi ini terjadi selepas McDonald’s mengumumkan bahawa jenama itu akan menutup 850 restoran di negara itu sebagai protes terhadap perang di Ukraine.

Tindakan besar-besaran yang akan menyaksikan rakyat Rusia tidak lagi dapat memesan Big Mac dan kentang goreng dalam masa terdekat adalah salah satu sekatan antarabangsa terkini ke atas Rusia.

Restoran akan kekal ditutup sebagai langkah sementara tetapi masih belum diketahui bila McDonalds akan kembali beroperasi di sana.

‘Yahudi tidak boleh berdiam diri’ – Presiden Ukraine ajak orang Yahudi bangun lawan Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?