Salah seorang jurujual kereta di pusat jualan kereta recond berkongsi kisah menarik mengenai seorang lelaki yang mahu membeli kereta mewah jenama Jerman.

Jurujual yang dikenali sebagai Paan itu berkongsi seorang lelaki telah menghubunginya dimana beliau mahu membeli kereta Mercedes GLA 2021 akan tetapi beliau hanya menerima gaji sebanyak RM5400 sebulan.

Baca Juga:

Syarat ini jelas tidak mencukupi untuk membeli kereta berkenaan dan lelaki tersebut kemudiannya mencadangkan agar isterinya yang menerima gaji lebih tinggi dari beliau untuk dijadikan sebagai penjamin.

Lelaki
Mercedes GLA 2021

Ketika Paan meminta jumlah gaji yang diterima isterinya, lelaki itu marah dan kemudiannya enggan untuk terus berurusan dengan jurujual terbabit.

Lelaki Marah SA Tanya Gaji Isteri

“Kamu tak payah tanya saya banyak soalan. Takpa, saya cari jurujual lain.

Lelaki

Bercakap kepada WOB, Paan menegaskan beliau hanya menjalankan tugas dengan meminta jumlag gaji pelanggan kerana itu merupakan salah satu perkara wajib dalam transaksi membeli kereta.

“Sebagai jurujual, saya tidak cuba menjadi seorang yang penyibuj. Walaupun dia tidak memberitahu saya, saya masih memerlukan dokumen daripadanya.”

“Jurujual lain mungkin meneruskan proses tersebut, dan bank akan menolak akhirnya. Ini memakan masa,” katanya.

Menurut Paan, kereta yang dikehendaki oleh lelaki itu berharga lebih kurang RM260,000. Paan cuba menawarkan sesuatu yang lebih sesuai dengan bajetnya selepas lelaki itu mengisi butirannya tetapi tidak berjaya.

Paan turut menegaskan ini tidak bermaksud anda tidak boleh memiliki kereta mewah dengan menerima gaji RM5000 sebulan. Akan tetapi banyak perkara yang perlu disediakan sekiranya mahu membeli kereta.

“Anda perlu membayar deposit yang besar untuk meminimumkan ansuran bulanan anda. Anda juga perlu mempunyai banyak simpanan untuk penyelenggaraan. Insurans dan cukai jalan sahaja untuk Mercedes boleh mencecah sehingga RM7,000.” tambahnya.