Pekerja salah satu kedai makan tempatan ternama terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan kepada kedai tersebut.
Dalam satu video yang viral di laman X Travel Jimat, dua pekerja dan seorang lelaki terlibat dalam pergaduhan yang mana puncanya ialah kerana lelaki tersebut tidak boleh berbahasa melayu.
Baca Juga:
- Streamer Indonesia Cuba Berbahasa Malaysia Dengan Tambah Bunyi ‘E’ Pada Hujung Perkataan Buat Ramai Terhibur
- Ibu Bapa Luah Rasa Risau Anak Tidak Fasih Bahasa Melayu
- Masyarakat Di China Kini Fokus Mempelajari Bahasa Melayu, Mampu Lariskan Jualan Dan Dapat Kerja
Bergaduh Sebab Bahasa Melayu
Travel Jimat menulis, “Mengakui bahawa dia rakyat Malaysia tetapi tidak boleh menggunakan Bahasa Malaysia, dan dia berbangga dengannya. (Dia) kurang kesedaran diri asas. Akhirnya, 2 anak Melayu itu boleh dipecat.”
Tidak diketahui bagaimana pergaduhan itu bermula, kerana video itu menunjukkan pertikaian yang sudah pun berlaku.
Dalam video itu, bagaimanapun, pelanggan kedengaran menjerit ke arah kakitangan itu menyebabkan kakitangan itu berkata sesuatu yang tidak dapat didengari sambil menuding jari ke arah pelanggan.
“Saya tidak tahu berbahasa Melayu, saya berbahasa Inggeris,” kata pelanggan itu dengan kuat, dalam BM.
“Ini Malaysia,” jawab kakitangan itu dalam BM, dengan jarinya masih menuding ke arah pelanggan, menyebabkan pelanggan itu menjerit, “Jadi apa?” sebelum memberikan jari tengah kepada kakitangan dan berlalu pergi.
Ketika rakyat Malaysia sendiri tidak fasih berbahasa Melayu, masyarakat luar giat meningkatkan skil dan kefahaman mereka dengan bahasa kebangsaan untuk pelbagai tujuan.
Pedagang di sebuah pasar yang bertempat di Beijing, China kini menggunakan taktik istimewa dalam usaha menarik pelancong Malaysia untuk memgunjungi kedai jualan masing-masing.
Memetik Bernama, di dalam kesibukan pasar Pearl, wartawan berjaya mengesan suara dua wanita di sebuah kedai menggunakan bahasa Melayu yang sedang melakukan promosi.
“Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti”, pekiknya kepada pengunjung.
Difahamkan adik beradik yang dikenali sebagai Fatimah Liu dan Aisha sememangnya berjaya mencuri perhatian pelancong Malaysia yang mana majoritinya datang melangkah terus ke kedai mereka.
“Urus niaga menjadi lebih mudah dan menguntungkan kerana pelanggan juga tertarik apabila mendengar peniaga asing berbahasa Melayu.
“Sebab itu saya sentiasa menggalakkan peniaga di sini mempelajari bahasa tersebut dan bukannya menumpukan perhatian kepada bahasa Inggeris semata-mata.
“Jika belajar bahasa melayu boleh membawa kita perniagaan yang menguntungkan, mengapa tidak mempelajarinya?” kata Fatima.