Baru-baru ini, banyak kes yang melibatkan ‘orang ketiga’ dan sedia maklum, menjadi satu kesalahan jenayah bagi lelaki yang memikat isteri orang yang mana jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara atau denda di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Akan tetapi, bagi wanita yang memikat suami orang, tiada peruntukan undang-undang jenayah yang boleh mendakwa perempuan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.

Menurut laporan, keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina.

Sebelum ini, seorang peguam memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa peruntukan di bawah Kanun Keseksaan yang menjenayahkan perbuatan lelaki menggoda isteri orang adalah tidak berperlembagaan dan perlu dimansuhkan.

Jayarubbiny Jayaraj berkata Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang telah mengganggu rumah tangganya.

Beliau berhujah peruntukan itu adalah bersifat diskriminasi terhadap wanita yang sudah berkahwin kerana menganggap mereka sebagai hak milik suami dan terdedah kepada penderaan oleh pasangan.

Katanya pindaan terhadap Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan perkataan ‘jantina’ membuktikan bahawa Parlimen, sebagai penggubal undang-undang di Malaysia, telah memberi isyarat bahawa wanita dan lelaki hendaklah dilihat sebagai sama rata serta mempunyai hak yang sama.