Semasa cuti panjang Tahun Baharu Cina baru-baru ini, satu kumpulan lagenda artis K-Pop telah mengadakan konsert di negara ini.

Populariti kumpulan K-Pop bukan sahaja menarik peminatnya dari Malaysia, bahkan dari negara-negara jiran sekitar Malaysia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum konsert itu berlangsung, difahamkan lagu kebangsaan Malaysia dinyanyi terlebih dahulu.

@shay.mless

legit thought the concert has started when everyone stood up #2NE1 #WelcomeBack

♬ original sound – SHAY ⸆⸉ – SHAY ⸆⸉

Situasi itu membuatkan salah seorang pengunjung dari negara seberang, Indonesia berasa kagum melihat situasi tersebut.

“Awal-awal saya ingatkan konsert sudah bermula apabila semua orangbangun berdiri.

“Serious, saya sangat kagum betapa patriotiknya sebelum bermulanya konsert di negara jiran (Malaysia), kata TikTok @shay.mless.

Perkongsian video itu meraih pelbagai reaksi netizen.

Ramai baru tahu sebelum konsert bermula perlu nyanyi lagu kebangsaan

Bagi yang tidak pernah datang ke konsert, ramai yang baru tahu lagu kebangsaan dimainkan sebelum pentas diambil alih oleh artis.

Orang ramai turut berharap agar lagu kebangsaan akan terus berkumandang sebelum konsert-konsert yang akan datang supaya sedikit sebanyak ia menunjukkan jati diri anak negara ini.

Difahamkan sebelum ini konsert Billie Ellish lagu kebangsaan dimainkan dengan tune berunsur rock.

Bahkan beberapa artis terkemuka pernah ‘singgah’ Malaysia pun pernah berbuat perkara yang sama.

Mulakan Konsert K-Pop Dengan Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lelaki Indonesia Kagum Semangat Patriotik Malaysia
Sumber Gambar: TikTok @iamsyxfiq
Mulakan Konsert K-Pop Dengan Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lelaki Indonesia Kagum Semangat Patriotik Malaysia
Sumber Gambar: TikTok @ypmactech

“Bukan konsert k-pop saja. Konsert Coldplay pun ada lagu Negaraku. Jadi anggaplah semua konsert-konsert besar ada lah lagu Negaraku.

“Rasanya sebab guna stadium negara. Konsert BLACKPINK sebelum ni Stadium Bukit Jalil pasang lagu Negaraku juga.

“Pernah pergi teater dekat KLPac. Sebelum acara bermula, mereka pasang lagu Negaraku dulu. Ia satu pengalaman bermakna sebab dah lama tak dengar & nyanyi.

“Untuk makluman semua, semua acara persembahan di Malaysia wajib main kan lagu Negaraku sebelum mulakan acara. Konsert, Persembahan Siaran Langsung TV, acara rasmi & tak rasmi kerajaan & persembahan pentas awam,” kata netizen.