Hari bertuah seseorang datang tanpa disangka-sangka. Kadang tuah datang bergolek, sampai sakit badan kita atau ada juga yang datang menyapa dengan baik. Itu rezeki kita dan itulah rezeki dia.

Begitu juga dengan hari bertuah seorang pengutip sampah di bandar Toyota City, Aichi Prefecture apabila beliau menemui 11.27 juta yen (RM424,940) secara tunai di tempat pelupusan sampah, lapor Tokyo Reporter pada petang 12 Februari hari kejadian.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya atas faktor keselamatan dilaporkan menjumpai 1,118 helai 10,000 yen, 15 helai 5,000 yen, dan 15 helai 1,000 yen.

“Dalam 20 tahun melakukan kerja ini, ini adalah pengalaman pertama saya,” kata beliau ketika mengulas lanjut bagaimana beliau berjaya menemui sejumlah besar wang ini.

Beliau memberitahu kepada Fuji News Network, bahawa beliau tertanya-tanya adakah wang ini palsu ketika pertama kali menjumpainya, kerana terdapat satu sampul yang ditanda tahun 2007 – tahun ini tiada lagi teknologi anti-pemalsuan.

Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut terus melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan menyerahkan wang kepada pihak berkuasa tempatan. Polis Toyota pula dilaporkan masih hairan daripada mana wang ini hadir. Mereka juga telah mengesahkan bahawa duit tersebut adalah original dan bukanĀ copy ori.

Sekarang, lelaki tanpa nama mempunyai masa tiga bulan untuk menghubungi polis bagi menuntut kembali wang tersebut.

Manakala bagi pihak berkuasa bandar, mereka percaya bahawa wang ini tiba di tempat pembuangan sampah sekitar 10 dan 11 Februari.

Green Clean Fujinooka adalah syarikat yang bertanggungjawab mengendali sampah di sekitar Toyota City. Mereka memungut semua sampah termasuk logam, peralatan berat dan perabot. Pada Isnin dan Selasa, mereka menerima kira-kira 100 tan sampah.

Orang Jepun terkenal dengan perkara pelik. Mahu tahu lebih? Klik pautan di bawah.

‘Perfume’ Dengan Aroma Gadis Sekolah Sedang Jadi Kegilaan Lelaki Jepun

Coronavirus Buat Rakyat Jepun ‘Cemburu’ Cara Kerajaan Malaysia Jaga Kebajikan Rakyat