Seorang lelaki dari United Kingdom telah menceritakan pengalaman yang menakjubkan selepas bermain Pokemon Go selama setahun.

Tommy Monkhouse, mempunyai berat badan sebanyak 158kg dan tinggal di London, United Kingdom. Tetapi, selepas setahun dia kehilangan hampir 63.5 kg dengan hanya bermain permainan video tersebut.

Bagi memotivasikan dirinya dalam menurunkan berat badan, dia mula bermain Pokemon Go dan kebetulan pula dia adalah peminat Pokemon.

https://www.instagram.com/p/B5_lBF2BG9-/

Katanya, apa yang bermula dengan hanya 20 hingga ke 30 minit berjalan kaki setiap hari mula berubah kepada berjam-jam – ini berlaku selepas dia menyertai komuniti Pokemon disekitar kawasan perumahannya.

Dalam masa setahun, magic muncul apabila beliau dengan mudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 63.5kg dengan hanya berjalan sambil bermain permainan video.

“Pada penghujung tahun, saya kehilangan 10 batu (63.5kg). Saya yakin, saya tersenyum,” kata Monkhouse. Beliau percaya bahawa Pokemon Go telah mengubah hidupnya dan mengubah cara beliau mengawal mental dan emosi.

Monkhouse mengaku bahawa sebelum dia diperkenalkan dengan permainan video ini, dia hanyalah ‘anak yang disisihkan’ apabila banyak menyendiri dan tidak mempunyai ramai kawan.

Setelah bertemu dengan komuniti Pokemon Go, beliau mula membuka dirinya untuk berkawan dengan orang ramai.

Terdahulu kami pernah menceritkan bagaimana seorang lelaki yang mempunyai berat sebanyak 120kg menyertai IRONMAN. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berat Badan Lelaki Ini Pernah Mencecah 120kg Dan Kini Bakal Sertai IRONMAN Triathlon

Bagaimana Teh Hijau Bantu Saya Hilang 10kg Dalam Masa 2 Bulan

Lelaki Ini Kongsi Tips Diet Turunkan Berat Badan Sebanyak 31kg Dalam 67 Hari