Pada hari ini kebanyakkan bisnes dan servis mula dikenali ramai melalui media sosial, lebih-lebih jika bisnes dan servis itu menggunakan platform TikTok untuk menghebahkan kepada orang ramai.

Baru-baru ini penyanyi utama kumpulan rap tanah air terkenal, MK K-Clique telah mendapatkan perkhidmatan Abam Rongg, seorang pakar ganti cermin kereta untuk menukar cermin hadapan Range Rover SVR miliknya yang mempunyai kesan retak panjang pada bahagian kanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Apa yang menarik perhatian netizen, selepas Abam Rongg selesai menggantikan cermin kereta, secara spontan beliau meminta izin MK untuk membaca doa, lalu menadah tangan dan memuji Yang Maha Esa serta mendoakan kesejahteraan MK dan rakan-rakannya yang lain.

@abamrongg_oe

Replying to @Tuan Sotong Mari tengok bang rongg kerjakan kereta @MK K-CLIQUE #abamrongg #barakahautoglass DrCrack™️ #cerminkeretapecah #tukarcerminkereta #rangeroversvr

♬ Bring Back – Gervant galadra

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Allah, Ya Tuhan kami, hari ini aku bersyukur ya Allah kepadamu Ya Allah, dengan rezekiMu Ya Allah.

“Engkau gerakkan hati hamba-hamba mu Ya Allah, aku bersyukur hari ini aku dapat kawan baharu, aku dapat rezeki dapat bantu selesaikan masalah cermin kereta mereka Ya Allah.

“Ya Allah, hari ini aku datang dari jauh, aku seronok dapat bantu dan aku nak doakan Ya Allah, supaya kau murahkan rezeki mereka sekawan, panjangkanlah umur mereka. Ya Allah kau berkatilah mereka, kau rahmatilah mereka. Amin Ya Rabbal Al-Amin,” doa Abam Rongg di hadapan MK dan rakan-rakannya.

Netizen memuji Abam Rongg kerana tidak melupakan Yang Maha Esa yang memberikan rezeki kepadanya dan turut mendoakan kebaikkan buat pelanggan yang kini menjadi kawan baharu (MK) beliau.

Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe

Abam Rongg memang cukup dikenali oleh pengguna TikTok, kecekapannya dalam menggantikan cermin yang retak atau pecah sering menarik perhatian netizen.

Dengan kepakarannya serta pasukan, beliau telah menggantikan pelbagai jenis kenderaan buatan dalam negara dan luar negara yang terdiri daripada model sedan, MPV, sportcar dan supercar.

Terdahulu, beliau pernah berkongsi tips kepada orang ramai supaya tidak menyiram air pada cermin yang retak akibat stone-chip di bawah sinaran matahari kerana ia boleh memanjangkan lagi kesan retakan itu.

Sehingga hari ini, video itu telah mendapat 2.7 juta tontonan di platform TikTok.

Dalam pada itu, Abam Rongg turut mengucapkan terima kasih kepada MK kerana sudi menggunakan perkhidmatannya dan menyanyikan dua lagu K-Clique iaitu Sah Tu Satu dan Mimpi.