Umum mengetahui bahawa kini pengangkutan awam Mass Rapid Transit (MRT) telah melaksanakan koc khas untuk penumpang wanita sahaja bagi tujuan keselesaan dan keselamatan.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @itsrafaaa telah berkongsi sebuah video dimana memaparkan seorang lelaki berada dalam koc khas merah jambu yang dikhaskan untuk wanita.
Baca Juga:
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
https://www.tiktok.com/@itsrafaaa/video/7297062785232506113
Menerusi video tersebut, wanita yang merupakan pemilik video telah menegur lelaki itu secara baik agar berpindah ke koc biasa tetapi lelaki itu seakan berpura-pura bercakap dalam telefon.
Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga menyuruh wanita itu untuk diam dengan menggunakan nada tinggi. Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang tidak wajar dan memuji wanita itu kerana berani menegur.