Sudah sekian lama isu gelombang magnetik 5G yang didakwa membawa kesan negatif kepada manusia menjadi perdebatan hebat di ruangan internet.

Ada yang mendakwa mereka kerap kali sakit badanlah, migrain teruk dan sukar untuk tidur walaupun kajian saintifik membuktikan sebaliknya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook meluahkan badannya bertambah sihat selepas menukar tetapan network peranti ke 4G selepas sekian lama menggunakan jaringan 5G.

“Setelah menukar setting handphone dari 5G ke 4G, tangan dah tak rasa kebas dan tak rasa pening-pening kepala macam sebelum ni. Rasanya semua yang pakai 5G boleh tukar juga. Mengarut sangat 5G ni,” kongsinya dengan yakin.

Hantaran lelaki itu ternyata mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen menerusi platform berkenaan.

Sumber Gambar: FB

Rata-ratanya mengganggap kenyataan itu sebagai satu jenaka dan meminta lelaki terbabit untuk pergi mendapatkan rawatan sewajarnya dan bukan salahkan gelombang 5G tanpa sebarang bukti saintifik yang kukuh.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Agak mengejutkan, ramai juga rupanya yang bersetuju dengan kenyataan lelaki itu dan mendakwa terdapat gejala seperti badan semakin tidak sihat dan sukar membuat hafalan ayatul Quran.

Bagi kami, isu ini akan sentiasa dimainkan oleh kaki konspirasi seperti mana sebelum berlaku ketika peralihan 3G ke 4G lalu ramai mendakwa akan berlaku penyakit kronik berupa kanser yang boleh membawa maut. Realitinya, tiada pula laporan yang mendakwa berlaku kematian disebabkan gelombang 5G setakat ini.