Seperti semua sedia tahu, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tidak terhitung pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam membesarkan kita.
Jadi apalah sangat jika kita berkongsikan rezeki yang kita perolehi hari ini dengan ibu bapa kita. Tidak akan kurang sedikit pun bahkan rezeki untuk kita akan lebih bertambah jika berbuat baik dengan ibu bapa tercinta.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Amsyarnaif, dia telah membuat kejutan kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah iPhone 11 yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.
Kebetulan ayoh mari KL harini ada kerja, bagi dia hadiah lah sikit :’)
tk mampu lg bagi menantu kita bg ni dulu ek 🤣🤭🥰❤️ pic.twitter.com/xEUFMqPXek
— Mecha (@Amsyarnaif) November 26, 2019
Menurut perkongsian tersebut, secara kebetulan bapanya telah datang ke Kuala Lumpur dari Kota Bahru atas urusan kerja dan ketika menghantar bapanya ke lapangan terbang untuk pulang ke Kota Bahru semula, dia telah menghadiahkan telefon tersebut yang diletakkan di dalam dashboard kereta.
unboxing by ayoh.
btw qilla & uyah tu adik aku yang last 😂 pic.twitter.com/cHe2xFQBQl
— Mecha (@Amsyarnaif) November 26, 2019
Sehubungan dengan itu, perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai kerana terharu dengan kejutan hadiah yang diberikan kepada bapanya. Rata-rata memuji sikapnya yang lebihkan ibu bapa daripada orang lain serta turut mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki kerana sudah membahagiakan bapanya.
https://twitter.com/ilvrusli/status/1199263000655470594
😭😭😭😭 semoga dimurahkan rezeki bro 🙏
— ପ(๑•ᴗ•๑)ଓ ♡ (@notyoursummer1) November 26, 2019
https://twitter.com/uswiqauthar/status/1199326539852050433
Sifat yang ditunjukkan oleh pemuda ini boleh dijadikan contoh untuk orang muda diluar sana. Berbaktilah kepada ibu bapa sementara masih berpeluang.
Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang murid darjah 6 terima hadiah wang tunai RM10,000 daripada ibu bapanya di atas kejayaan cemerlang yang diperolehinya dalam UPSR. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya
Pengaruh Ibu Bapa Ke Atas Anak, Saya Bangga Dengan Legasi Abah
5 Latihan Ini Bantu Anda Jadi Ibu Bapa Yang Positif Dan ‘Awesome’