Harga minyak mentah dunia yang kini rendah pada USD28 setong menimpa kita serentak dengan ancaman COVID-19. Sesetengah pakar ekonomi menjangkakan harga minyak mentah dunia mungkin turun sehingga USD10 setong disebabkan kebanjiran bekalan yang keterlaluan

Ekonomi dunia dan negara di ambang kemelesetan. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak pasti akan teruk terkesan kerana hasil minyak dan gas merupakan hasil utama pendapatan negara. Hasil kedua tertinggi pendapatan negara pula iaitu pelancongan juga terjejas teruk akibat penyebaran pandemik COVID-19.

ET2ozhdUcAE9Xmg
Sumber: Twitter Petronas Brands

Apabila ekonomi negara terancam, PETRONAS sentiasa ada dan bersedia untuk menyerap segala impak, walau syarikat minyak dan gas nasional ini juga turut sama menerima tempiasnya. PETRONAS sentiasa menyumbang bagi meringankan beban ekonomi Malaysia

Baru-baru ini, sumbangan PETRONAS sebanyak RM20 juta bagi membantu kerajaan menangani wabak Covid-19 adalah sebahagian kecil daripada komitmen berterusan syarikat bertaraf dunia ini untuk negara

Setiap tahun PETRONAS menyumbang secara purata lebih kurang 20% atau 1/5 daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara. Bagi Belanjawan Negara 2019, syarikat multi-nasional ini menambah dividen khas sebanyak RM30 billion menjadikan jumlah keseluruhan dividen PETRONAS pada tahun tersebut sebanyak RM54 billion

petronas-oil-and-gas-1
Sumber: LGN WORLD NEWS

Mengikut rekod perbincangan dalam Dewan Rakyat, sejak ditubuhkan pada tahun 1974 sehingga 2012 sumbangan PETRONAS adalah sebanyak RM732 billion. Sehingga tahun 2020, jumlah ini sudah pasti menghampiri jumlah RM1 trillion!

Saya secara peribadi amat sukar memahami mentaliti sebahagian rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang secara konsisten mengisi minyak selain jenama PETRONAS, kononnya atas nama keselesaan dan prestasi yang lebih baik

Sudah tentu PETRONAS tidak sempurna, tetapi syarikat Fortune500 ini sentiasa menambahbaik keselesaan pengguna di setiap stesen. Malah, prestasi produk PETRONAS juga telah terbukti merupakan yang terbaik di dunia dengan pencapaian 6 kali juara Formula One

Jika kita bersetuju jenama lain lebih baik dari PETRONAS sekalipun, apalah salahnya jika kita sebagai rakyat Malaysia yang telah banyak menerima manfaat dan kemudahan hasil sumbangan PETRONAS kepada kerajaan berkorban sedikit demi menyokong produk nasional ini.

petronas-coffee-break-cny-2020-3
Sumber: pandulaju

Apa sangatlah sedikit ketidakselesaan dan kekurangan prestasi kereta kita jika dibandingkan dengan pengorbanan air mata, jiwa raga dan nyawa para pengasas PETRONAS dan puluhan ribu warganya yang bertaburan di seluruh dunia, bekerja siang dan malam di pelbagai loji dan pelantar minyak yang amat berisiko tinggi demi cinta mereka kepada negara.

Tidak cintakah kita kepada negara, tempat tumpah darah kita ini? Untuk kembali menyumbang dan membantu negara, bantulah PETRONAS. Isilah minyak PETRONAS! Semoga Allah s.w.t selamatkan Malaysia dalam situasi kejatuhan ekonomi dunia dan penyebaran wabak Covid-19 yang amat kritikal ini.

Tambahan pula, Kedai Mesra PETRONAS kini turut tampil dengan pembaharuan yang lebih fresh buat orang ramai.

Kedai Mesra Petronas Kini Tampil Dengan Pembaharuan Lebih ‘Fresh’

9 Tip Bagaimana Dapat Kerja Oil & Gas Tanpa Pengalaman Dan Networking