Seorang lelaki berkongsi pengalaman serta reliti yang dihadapinya ketika menjalankan bisnes stesen minyak di negara ini.
Azmi Abdullah memuat naik video di laman TikTok miliknya dan beliau menjawab persoalan mengenai bisnes stesen minyak di Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Bubar Sahaja Pertamina, Beri Petronas Masuk’ – Dewan Rakyat Indonesia
- Tragedi Putra Heights: Petronas Gas Bakal Tanggung Kerugian RM25 Juta
- Petronas Kalahkan Pertamina Sebagai Jenama Minyak Dan Gas Terkuat Di Dunia Tahun 2024
“Ramai orang kata bisnes stesen minyak untung besar. Sebab saya pernah jadi dealer 2 stesen. Jawapannya ya dan tidak. Jika stesen tu di highway rest area, InsyaAllah boleh untung sedap.
Berapa Untung Stesen Minyak?
“Purata 20k nett setiap bulan. Jika stesen dalam bandar, untung sedikit. SOP untuk station ketat. SAFETY FIRST. Bahan mudah terbakar.

“Jadi stesen dalam bandar nak untung bersih 5k sebulan pun demam. Pada 10.5. 2010 saya buka first station. Modal mesti ada cash RM400k. MESTI CASH. Memang penat sebagai pengedar baru.
“Susun air dalam freezer, jaga akaun, keselamatan dan toilet. Bila masuk bulan ke 6, semak akaun, boleh bayar overhead dan nett profit dalam 3 ribu sebulan. Ciputnya.
“Jualan minyak stesen yang saya pernah uruskan ialah 1.2 juta liter per bulan= 400k liter setiap hari.
“Sangat tinggi. Untung yang dijanjikan untuk dealer stesen ikut kadar kerajaan dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia ialah:
1. DIESEL 0.7 SEN PER LITER.
2.MINYAK KUNING 14 SEN PER LITER.
3. MINYAK HIJAU 16 SEN PER LITER.
“Kami ambil purata untung 10 sen per liter untuk semua minyak walaupun minya kuning (14 sen) yang paling laris.
“Ikut perkiraan mengong stesen ni boleh untung kasar kat komisyen jualan minyak RM120k sebulan. 1,200,000 liter x 10 sen per litre.
“Bila dah operate 3 bulan kami dapati untung kasar sebenar dari komisyen minyak ialah 6k saja sebulan. Bukan RM120k as projected based on agreed commission rate.
“Oleh itu, dealer stesen minyak ikut pengalaman aku tak dapat komisyen yangg dijanjikan dari jualan minyak.
“Aku pun tak tahu nak jelaskan. Banyak cukai-cukai yang dikenakan. Kat mana blind spots.
“Bila minyak untung sedikit, dealer stesen minyak terpaksa jana pendapatan dari jualan kedai. Nescafe tin kat NSK rasanya harga dalam RM2.50 tapi di stesen RM3.80.
“Jadi stesen yang tidak berada di lebuh raya, R&R sukar jual barangan kedai sebab banyak pesaing. Kedai mamak, Speed 99 dan majority pelanggan cuma isi minyak.