Setiap orang sudah pasti bercita-cita untuk memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan anda bergerak untuk aktivti harian. Tetapi anda kena tahu tip and trik supaya pinjaman kenderaan yang anda buat tidak menyukarkan kehidupan di kemudian hari.
Baru-baru ini Tuan Haikal telah membuat bebenang ciapan mengenai tips pinjaman kenderaan yang telah dikongsikan oleh pegawai bank itu sendiri. Anda boleh baca perkongsian beliau seperti di bawah.
2. Kalau kita bayar lebih setiap bulan pun tak beri banyak kesan loan kita
Lebihan itu akan masuk bayaran bulan depan. Tak ada kurang atau diskaun.
Tapi pegawai bank ni bagi satu tips :
— Haikal Hisham (@haikalhisham_) April 16, 2021
Tambah beliau lagi, anda boleh melangsaikan hutang pinjaman kenderaan anda dengan cepat apabila membuat full settlement.
Anda bukan sahaja dapat menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat, bahkan berpeluang untuk mendapatkan rebat daripada pihak bank.
Bila aku Google, ada orang siap buat kalkulator untuk full settlement kereta / pinjaman peribadi.
Boleh check sini : https://t.co/2OwBXkdokD
— Haikal Hisham (@haikalhisham_) April 16, 2021
Tuan Haikal turut berkongsi contoh kiraan rebat dengan menggunakan sebuah laman web kalkulator online.
Jumlah rebat yang akan diperolehi berbeza-beza mengikut tempoh pinjaman, kadar faedah dan jumlah ansuran bank yang anda telah bayar.
Pegawai bank tersebut turut menyatakan tempoh pinjaman yang terbaik untuk mendapatkan kadar pinjaman yang lebih rendah. Ini kerana setiap tahun nilai kereta anda akan jatuh secara drastik
Tambah Tuan Haikal lagi, mentor kewangan beliau turut berkongsi ‘formula kewangan’ untuk memilih kenderaan apa yang sesuai untuk anda miliki mengikut kestabilan kewangan anda.
Perkara ini dititikberatkan supaya markah Debt Service Ratio (DSR) anda dalam keadaan yang baik bagi memudahkan sebarang pinjaman yang anda mahu buat dapat diluluskan dengan mudah oleh pihak bank.
5. Ini extra tips pulak daripada mentor kewangan saya.
Boleh pakai formula ini untuk tahu kereta apa yang sesuai dengan kewangan kita
Harga kereta = pendapatan bulanan x 12 bulan
So kalau gaji 3000, kereta harga 36,000 lah yang sesuai.
Kenapa nak pakai formula ni Kal?
— Haikal Hisham (@haikalhisham_) April 16, 2021
Sebabnya ialah untuk pastikan DSR kita elok.
DSR ni apa?
DSR ini ialah Debt Service Ratio.
Bank tak tengok CGPA kita dah, dia tengok DSR ni.
Bank akan lihat dengan jumlah hutang kita dan income berapa ratio.
DSR baik, nak buat loan apa pun mudah, terutama loan rumah.
— Haikal Hisham (@haikalhisham_) April 16, 2021
Anda boleh ikuti bebenang ciapan lebih lanjut di sini kerana ramai berpengalaman dalam industri pembiayaan pinjaman kenderaan turut berkongsi tip pada bebenang ciapan tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda berurusan pembiayaan pinjaman kenderaan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kenalan anda yang mahu memiliki kenderaan baru juga.
Sekiranya kenderaan anda ‘total lost’, anda boleh dapatkan pampasan insurans untuk selesaikan hutang dengan pihak bank. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Perancang Kewangan Kongsi Bagaimana Pampasan Kenderaan ‘Total Loss’ Dikira
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah
Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online