Sudah menjadi lumrah di mana sejumlah besar pekerja bakal menerima slip gaji selepas genap sebulan bekerja. Slip gaji yang diterima merupakan tanda masuknya gaji ke akaun bank yang ditetapkan. Selain itu, slip gaji juga dapat digunakan sebagai bukti untuk memohon pinjaman atau pembiayaan daripada bank.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki menerusi TikTok @khairunnaim4 berkongsi kisah yang berlaku melibatkan rakannya pada tahun 2010.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Kisahnya bermula apabila rakannya yang baru pekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat pengawalan anai-anai menerima slip gaji pertama bekerja di syarikat berkenaan yang berjumlah RM900.

Tanpa berfikir panjang, rakannya turut mengajak beliau yang dikenali sebagai Khairun Naim untuk ke bank bagi untuk membuat pinjaman.

Di sangka rakannya, sudah mengetahui mengenai prosedur permohonanan pinjaman bank, sangkaan beliau ternyata meleset apabila rakannya memilih untuk membuat pinjaman bank dengan jumlah yang besar.

Menerusi perkongsian, difahamkan rakannya yang hanya berbekalkan sekeping slip gaji berjumlah RM900 tersebut telah memaklumkan pegawai bank untuk hasratnya untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM90,000.

Jumlah besar yang dimaklumkan telah membuatkan pegawai bank tersebut meminta beberapa slip gaji lain sebagai bukti sokongan. Walau bagaimanapun, rakannya gagal menawarkannya kerana sekadar mempunyai sekeping slip gaji.

Bukan itu sahaja, pegawai bank tersebut turut memaklumkan pinjaman berjumlah RM90,000 memerlukan peminjam membayar RM2,000 sebulan pada ketika itu mengikut terma yang ditetapkan yang mana jauh lebih tinggi daripada gaji rakannya.

Walau bagaimanapun, rakannya enggan menerima penjelasan yang dibuat serta memaklumkan beliau mampu membayarnya dengan membuat kerja tambahan atau over time (OT) bagi menampung ansuran bulanan.

Pegawai bank tersebut difahamkan terus memaklumkan pinjaman yang dibuat mungkin tidak diluluskan sekiranya bergaji RM3,000 sebulan berikutan jumlah ansurannya yang tinggi.

Berang dengan jawapan yang diberikan, rakannya terus meninggalkan bank serta meluahkan rasa geramnya kepada Khairun Naim kerana gagal mendapatkan pinjaman bank.

Khairun Naim menerusi perkongsian turut memaklumkan beliau pada awalnya tidak mengetahui rakannya mahu membuat pinjaman berjumlah sehingga RM90,000. Beliau berpendapat rakannya sudah mengetahui prosedur bank dan sekadar mahu meminjam sekitar RM4,000 atau RM5,000 sahaja.

Terus tukar tempat kerja

@khairunnaim4

Common sense tu penting ya guys.

♬ original sound – NAIM PEST CONTROL – NAIM PEST CONTROL

Lebih mengejutkan Khairun Naim, rakannya selepas sebulan kerja memilih untuk berhenti kerja dan berpindah ke tempat kerja lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi iaitu RM910 sebulan. Peningkatan sekitar RM10 sebulan berbanding tempat kerja terdahulu.

Difahamkan tujuan beliau berpindah tempat kerja kerana tempat kerja baharu menawarkan gaji yang lebih tinggi  dan juga kerana slip kerja tempat lama ‘tidak laku’ untuk membuat pinjaman bank.

Perkongsian yang dibuat lelaki ini telah mendapat pelbagai respon dan reaksi di kalangan netizen. Malah, terdapat netizen yang pernah bekerja di bank memaklumkan situasi seperti ini kerap berlaku dan bukannya sesuatu yang pelik.

Sumber: TikTok @khairunnaim4
Sumber: TikTok @khairunnaim4

Rakannya turut memaklumkan sedia membuat pinjaman di bank-bank lain sekiranya menerima slip gaji kelak.

Difahamkan kisah ini telah berlaku lebih 10 tahun lalu di mana rakannya sememangnya bercita-cita untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM90,000 bagi tujuan melangsungkan perkahwinan dan juga deposit untuk membeli kereta.