Ketika berkunjung ke restoran atau pasar raya di negara ini, kita pasti akan menyedari ada beberapa orang antara staf mereka yang merupakan golongan Orang Kurang Upaya ataupun OKU.
Perkara ini bukanlah lagi perkara asing buat kita yang selalu terjumpa dengan mereka yang sedang bertugas ketika sedang membeli belah ataupun menjamu selera di restoran makanan segera.
Namun begitu, dalam satu perkongsian yang dibuat seorang pengguna Twitter @AmirulKhuzaimi2 dia berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan dilalui oleh seorang pekerja OKU di sebuah pasar raya di Selangor.
This happened at Tesco puncak alam and she one of the HR there, customer ini ada mata tk nk tgk susah pic.twitter.com/hdDYL0Za5b
— Abigdoggo (@Abigdoggo) January 14, 2020
Dalam kiriman tersebut, dia yang berkongsi tangkap layar daripada Instagram menceritakan pengalaman pekerja OKU itu yang mendapat layanan kurang baik daripada pelanggan.
Menurut kiriman di Instagram tersebut, staf itu dengan terang-terangan memakai ves yang tertulis “SAYA PEKERJA OKU’ dan memang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan.
For all customers yg pergi tesco or somewhere else pls bukak mata besar2 ya jgn buta kan mata tu karang betul2 buta baru tahu
— Abigdoggo (@Abigdoggo) January 14, 2020
Tetapi dia telah ditengking oleh pelanggan tersebut dan berpunca daripada itu dia meminta agar rakyat Malaysia ‘tolong rajin sikit membaca tulisan yang telah dicetak di baju ves tersebut.
Menurut salah seorang netizen, perkara itu bukanlah sesuatu yang baru di negara ini.
Siapa yang pernah kerja bahagian fnb,retail,customer service ni tahu lah rakyat malaysia ni ramai yang bangang dan takda common sense.
— šš§šØš®ššÆ_š šæ (@Irsyaz4) January 15, 2020
Rata-rata netizen yang membaca thread tersebut juga turut mempertahankan golongan OKU dan berharap agar masyarakat di negara ini lebih menghargai kerja yang dilakukan mereka.
One of the reasons Iām learning sign language :)). I hope more people actually do something to change themselves rather than demanding for a change of other people. Oku people want to live just as normal as any other human being jugak š„ŗš¤š»
— E. (@starryelly) January 15, 2020
https://twitter.com/erulnyyzam/status/1217467797095079937
Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya sopan santun, kita sepatutnya menghormati setiap daripada ahli masyarakat kita tanpa melihat kepada sebarang perbezaan agama, bangsa dan juga pangkat.
Seperti adik ini yang menunjukkan sikap muafakat dan tolong-menolong sesama kita ketika membantu Uncle ini yang tersadai di tepi jalan selepas kehabisan minyak. Klik pautan di bawah untuk baca kisah adik ini yang pernah kami kongsikan sebelum ini.Ā
Sikap Muafakat Yang Ditunjukkan Adik Ini Buat Uncle Cina Bergenang Air Mata
Lelaki Berbangsa Cina Ini Generasi Terakhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor
Lihat Inisiatif Kreatif Guru Ini Buka Taman Tema Air Untuk Tarik Murid Datang Ke Sekolah