Tabiat segelintir ibu bapa yang suka meninggalkan anak anak di kawasan ‘playground’ tanpa pengawasan adalah tabiat yang sangat berisiko.

Sepasang suami isteri telah meninggalkan anak mereka yang masih kecil di kawasan tapak permainan sebuah pasaraya telah membuatkan seorang lelaki bengang.

Lelaki itu memarahi pasangan suami isteri itu yang membiarkan sahaja anak mereka di playground, dan mereka pergi bersenang senang ke tempat lain dan makan makan.

Pasangan tersebut kemudian menunjukkan wajah tidak berpuas hati dimarahi lelaki itu dan mendakwa mereka pergi sekejap sahaja, tak sampai 2 jam seperti didakwa lelaki tersebut.

Lalu lelaki yang memarahi mereka mencabar mereka untuk melihat bukti CCTV, kerana menurutnya, dia yang menjaga anak pasangan itu, dan membelikannya makanan, kerana risau anak pasangan tersebut hilang.

Ini selepas anak pasangan itu hampir hilang sebanyak 2 kali, mahu keluar dari tempat itu ke tempat lain. Namun lelaki tersebut telah menyelamatkannya.

“Boleh ke tinggal anak kau macam tu sahaja di sini berapa lama?” soal lelaki tersebut.

Pasangan tersebut sempat melawan dan menyatakan mereka sudah memaklumkan kepada staf tapak permainan itu untuk tolong tengokkan anak mereka.

Lelaki itu bengang mendengarnya: “Dia [staf] tidak boleh menjaga anak engkau? Faham ke tak faham? Aku selamatkan anak kau daripada hilang 2 kali, dia dah keluar dari tempat ini.”

Lelaki tersebut mendakwa dia terpaksa menunggu pasangan tersebut di kawasan tapak permainan itu, kerana risau anak tersebut hilang.

@xtra_my

“Playground bukan tempat parking anak” Itu antara luahan netizen selepas tular video seorang kanak-kanak ditinggalkan bermain hampir dua jam tanpa sesiapa memantau. Difahamkan, ibu & ayah anak itu pergi makan dan hanya muncul selepas ditegur orang awam. Ramai mempersoalkan tahap keselamatan serta risiko yang boleh berlaku dari kecederaan, penculikan hingga gangguan orang tak dikenali. Kes ini sekali lagi membuka mata tentang pentingnya pengawasan, walaupun di tempat yang dianggap selamat #fyp #xtra #ayah #tinggalanak #playground 📹: cyberjayaviral

♬ original sound – XTRA – XTRA

Video tersebut meraih reaksi netizen yang turut mengecam pasangan tersebut. Ada juga yang memuji lelaki yang memarahi pasangan itu: “Walaupun abang ni mulut puaka, tetapi hati dia baik dan mewakili suara netizen.”

Netizen berharap ibu bapa kanak kanak itu didakwa di bawah akta melibatkan pengabaian kanak kanak.