Seorang lelaki mendedahkan jumlah pendapatannya dalam sebulan ketika bekerja sebagai ‘rider’.
Afiq Zayany, warga Singapura berjaya memperoleh pendapatan lumayan mencecah antara S$4,000 (RM13,258.44) hingga S$6,000 (RM19,887.66) sebulan.
Baca Juga:
- ‘Ala Nak Isi RM10 Je’ – Rider Motor Besar Dari Indonesia Terkejut Tak Boleh Isi Minyak RON95

- Polis Cari ‘Rider Superbike’ Tergelincir Di Lebuhraya Karak

- ‘Bila Semua Berfikiran T20’ – Rider Dakwa Inilah Flat Terbersih Yang Pernah Dikunjungi

Menerusi saluran YouTube miliknya Ringgit & Dollars, Afiq berkongsi dia mampu menjana kira-kira S$200 (RM662.92) sehari.
Kongsi Kehidupan Dan Pengalaman Sebagai Seorang Rider
Memetik laporan Harian Metro, Afiq berkongsi kehidupannya dan realiti menjadi seorang ‘rider’ terutamanya ketika motosikalnya rosak.
“Saya ada jadual tetap dan saya sangat disiplin. Hujan atau panas, saya tetap keluar kerja saya hanya ambil cuti jika perlu saja.

“Biasanya saya keluar seawal jam 7 pagi dan habiskan kerja 2 petang dengan mengambil kira-kira 25 pesanan sehari.
“Ada juga pengalaman manis antaranya apabila pelanggan meninggalkan minuman dan snek di luar rumah sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Afiq menegaskan untuk berjaya sebagai ‘rider’ perlu ada tiga perkara iaitu disiplin, konsisten dan berwawasan.
“Kerja ini perlukan disiplin. Bangun awal, keluar kerja ikut masa.
“Fleksibiliti itu satu kelebihan, tetapi jangan salah guna sebaliknya jadikan ia kelebihan untuk capai sasaran.