Tesla merupakan sebuah syarikat automotif yang semakin pesat berkembang. Teknologinya daripada pandu sendiri sehinggalah bateri yang efisien sememangnya menjadi rujukan buat syarikat-syarikat lain. Jika sebelum ini seringkali kita mendengar berita yang positif sahaja tentang Tesla namun lain ceritanya tentang kisah lelaki ini.
Terbaru, salah satu teknologi Tesla iaitu fungsi pandu sendiri telah melanggar dinding sebuah bangunan. Dipercayai pemandu tersebut terlalu mempercayai teknologi daripada Tesla ini sehinggakan tidak mengambil kisah tentang pemanduannya. Apa yang lebih mengerikan, disahkan sudah 2 kemalangan berlaku disebabkan teknologi pandu sendiri daripada Tesla Model X.
Tidak cukup dengan itu, mungkin kerana pemilik kenderaan ini terlalu ghairah dengan teknologi yang ada, kemalangan ini berlangsung seawal 5 hari Tesla Model X ini dimiliki. Tak terbayang bagaimana perit rasanya apabila memandu sebuah kereta yang cool dan dibalas sebegini. Haha!
Cerita ini tidak berakhir disini sahaja. Pada awalnya dilaporkan Syarikat Tesla bakal disaman berikutan teknologi yang tidak boleh diharap. Ternyata Tesla mengambil serious tentang perkara ini dan mengkaji semula kereta yang dipandu lelaki ini.
Dan ini adalah jawapan daripada Tesla:
“Kami telah mengkaji Tesla Model X yang dipandu lelaki ini dan disahkan pemandu kereta tersebut tidak sesekali mengaktifkan fungsi autopilot yang berada di dalam kereta. Disahkan pemandu ini memandu sendiri dengan kelajuan 6mph dengan secara manual dan biasa”
Nampaknya, apa yang dikatakan pemandu tersebut pada awalnya sekadar statement nak cover malu rasanya. Tak terbayang betapa malunya pemandu kereta berkenaan yang sudah menghabiskan sejumlah wang untuk kereta yang cool dan canggih sebegini.
Jadi, apa-apa pun diharapkan anda sentiasa peka semasa di jalanraya meskipun menggunakan teknologi yang canggih supaya situasi sadis seperti ini tidak berulang lagi.