Sebagai umat Islam, kita sudah diajar untuk menginfakan atau memberi sebahagian harta atau wang ke jalan kebaikan demi mendapatkan keredaan Allah S.W.T.

Pada masa kini, salah satu cara orang ramai boleh membuat sumbangan adalah dengan menyertai program infak Al-Quran yang ditawarkan oleh sesebuah yayasan atau syarikat di luar sana.

Baca Juga:

Namun, baru-baru ini seorang lelaki yang juga terkenal di TikTok terkejut apabila didatangi oleh seseorang individu yang memberitahu harga program sumbangan dan infak yang dijalankan.

@azrulbasherahil

#Salam14Tan🤝 #nasipakistanbatupahat #upaduumari😎 #mafialambshankbatupahat #nasipakistanno1batupahat

♬ bunyi asal – Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat – Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Menerusi video tersebut, pada waktu itu lelaki berkenaan sedang membuat sesi live di TikTok miliknya. Bagaimanapun, beliau kemudian didatangi oleh seseorang yang memperkenalkan sebuah program infak.

Menurut individu tersebut, lelaki berkenaan boleh memilih untuk membeli ataupun memberinya kepada pelajar tahfiz.

Malah, individu itu juga memberitahu bahawa sudah ramai yang menyertai program itu dan memilih untuk memberi infak kerana mereka boleh menyenaraikan sepuluh nama ahli keluarga yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan lelaki berkenaan adalah harga untuk satu naskah Al-Quran tersebut sangat mahal.

Individu itu memberitahu satu naskah berharga RM599, namun jika lelaki berkenaan menyertai program wakaf, ia akan menjadi RM249.

Mendengar harga tersebut, lelaki itu terus merasa terkejut dan mempersoalkan mengapa harganya begitu mahal.

“Tak boleh Al-Quran RM599 ni mahal sangat, bukan kita tak nak sedekah, boleh sedekah tapi harga dia harga seekor kambing.

“Saya minta maaf cakaplah, saya bukan tak sokong dengan apa yang abang buat ni, tapi RM599 ni betul mahal sangat,” katanya.

@azrulbasherahil

Membalas kepada @Nik Faizul N Muhamad🇲🇾 #Salam14Tan🤝 #nasipakistanbatupahat #upaduumari😎 #mafialambshankbatupahat #nasipakistanno1batupahat #lambshankno1batupahat #sultanlambshank #bphebat

♬ bunyi asal – Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat – Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Malah, pada video lain, beliau juga pergi menyemak harga Al-Quran di sebuah surau yang mana hanya sekitar RM70 sahaja. Bahkan, beliau juga meragui kenyataan penjual yang mendakwa Al-Quran ini bakal digunakan oleh pusat tahfiz.

Padahal, Al-Quran yang ditawarkan tidak bersesuaian atau praktikal oleh penuntut di tahfiz kerana saiznya yang besar serta memiliki terjemahan yang mana didakwa akan mengganggu ketika hafalan.

Susulan itu, beliau berkongsi bahawa penuntut tahfiz lebih selesa menggunakan Al-Quran yang bersaiz kompak dan tidak mempunyai terjemahan seperti yang biasa kita gunakan.

Beliau juga sempat menasihati agar orang ramai tidak mudah tertipu dengan penunggang agama yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata dan pastikan sumbangan kita sampai ke tempat yang betul.