Pada ketika ini, pergolakan di Gaza masih berterusan malah dikhabarkan keadaan bertambah teruk apabila saluran bantuan telah disekat oleh rejim Israel.

Sejak peperangan itu tercetus, ramai pihak daripada seluruh dunia mula melakukan solidariti demi menuntut keadilan terhadap nasib rakyat Gaza yang berterusan ditindas oleh kerajaan Zionis seperti tiada penghujungnya.

Baca Juga:

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga Jepun yang dikenali sebagai Yusuke Furusawa ini yang tetap konsisten melakukan solidariti meskipun seorang diri.

Menerusi satu hantaran di Instagram @furusawayusuke_, Furusawa dikatakan konsisten berdemonstrasi seorang diri sambil memegang papan tanda yang tertera ‘Stop Gaza Genocide’.

Furusawa yang seakan memahami penderitaan dialami oleh penduduk Palestin itu menginginkan agar Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Inilah baru semangat perjuangan Palestin yang semakin luntur di jiwa kita saban hari, ayuh perbaharui tekad untuk membantu rakyat Palestin mulai saat ini,”tulis di ruangan kapsyen.

Pengguna media sosial dari seluruh dunia menghujani ruangan komentar dengan memuji semangat yang dibawa oleh Furusawa untuk tetap menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin meskipun berseorangan.

Sumber Gambar: IG furusawayusuke
Sumber Gambar: IG furusawayusuke

Malah, salah seorang netizen tempatan berkongsi berita baik bahawa kewujudan kumpulan kecil baharu yang turut bersolidariti untuk Palestin di sekitar Kyoto Tower beberapa hari lepas.

Dapat dilihat tindakan protes daripada Encik Yusuke Furusawa berjaya mempengaruhi orang lain untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin.

 

 

Sumber