Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila menjerit ada bom dalam pesawat ketika penerbangan dari Jakarta ke Medan.
Menurut laporan media Indonesia, lelaki berinisial H telah mengamuk dan menjerit bahawa beliau membawa bom dalam pesawat Lion Air.
Baca Juga:
- Gara-Gara Sembang Terlalu Kuat, Warga China Bergaduh Dalam Pesawat AirAsia

- Aksi Heroik Kru AirAsia Selamatkan Bayi Sakit Dalam Penerbangan, Ibu Luah Rasa Terima Kasih Tak Terhingga

- AirAsia Pindah Dari Subang, Satukan Operasi Domestik Di KLIA 2 Pada April Ini

Lelaki tersebut secara tiba-tiba mengamuk apabila pesawat itu menuju ke landasan untuk berlepas dari Terminal 1A Lapangan Terbang Soekarno Hatta.

Jerit Ada Bom Dalam Penerbangan, Lelaki Ditahan
“Pelaku H yang didakwa segera ditahan dan dibawa ke bilik OIC untuk disoal siasat lanjut oleh pegawai dari Pihak Berkuasa Lapangan Terbang.
“181 penumpang lain akhirnya dapat meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Kualanamu dengan menggunakan pesawat lain,” kata seorang wakil dari Lion Air.

Di bawah Undang-undang No. 1 Tahun 2009, jenaka dan ancaman tentang bom di dalam pesawat dianggap sebagai jenayah berat.
Pelaku berdepan hukuman penjara sehingga setahun, dengan hukuman sehingga lapan tahun jika mengganggu operasi penerbangan.