Dalam perjalanan hidup seseorang pastinya pernah merasa jatuh bangun dalam kehidupan. Begitu juga dengan Arthur, saat jatuhnya sangat lama dan berkali-kali.
Walaupun sudah 15 tahun doktor mengesahkan bahawa kecedaraan belakang dan lutut yang dialaminya semasa menjadi tentera payung terjun telah menyebabkan dia terpaksa berjalan menggunakan bantuan 2 batang tongkat seumur hidup. Keadaan Arthur bertambah teruk apabila berat badannya semakin bertambah dan melebihi 200 paun.
Dengan usianya 47 tahun iaitu boleh dianggap seorang veteran dan senaman adalah sesuatu yang mustahil baginya, beliau telah menerima kenyataan tersebut bahawa beliau tidak akan boleh berjalan sendiri.
Sehinggalah, kehadiran seseorang yang tidak dikenalinya yang ingin membantunya dan amat yakin pada dirinya yang dia mampu melakukannya.
Terkedu apabila ada yang percaya pada dirinya, Arthur mula mencuba dan berusaha. Setiap kali dia berusaha, setiap kali itu jugalah dia jatuh. Dan setiap kali dia jatuh, setiap kali itu juga dia bangun.
Bangun dan terus bangun.
Sehinggalah dia berjaya membuktikan sesuatu
Pesan Arthur ” Apabila anda mula memberi kepercayaan penuh pada diri anda, Anda mampu melakukan sesuatu yang luar biasa di luar jangkaan anda!”
‘oooh, I believe I can Fly..’
Selamat menonton dan terinspirasi!
Like page The Vocket di Facebook