Pihak polis mengesahkan pemandu lelaki yang diikat dan dipukul hingga mati di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu, positif dadah jenis syabu dan ganja, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 42 tahun itu juga didapati memiliki 10 rekod dadah dan dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.

Baca Juga:

“Kita turut menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 22 dan 39 tahun di Kajang, semalam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Kita percaya ada lagi individu lain yang akan ditahan selepas ini, selain sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Terdahulu, tular kisah seorang pemandu Proton Saga ditarik keluar kemudian diikat dan dibelasah oleh beberapa orang awam sehingga dia maut.

Ayah kepada mangsa memberitahu pemberita di mana beliau tidak sanggup melihat video yang sedang tular di media sosial.

Beliau menyifatkan kejadian tragis itu tidak seharusnya berlaku. Walaupun anak dia melakukan kesalahan sekalipun, tidak patut untuk individu individu tersebut membelasah dan menyeksa anaknya sehingga tidak bernyawa.

Mereka sekeluarga menyerahkan perkara itu kepada pihak polis dan berharap pelaku akan mendapat hukuman setimpal.

Sumber