Satu video tular di X, di mana tindakan sekumpulan lelaki wajar dipuji. Ini kerana mereka telah menangkap seorang lelaki miang yang merakam bawah skirt wanita.

Kejadian itu berlaku di sekitar Bukit Bintang. Di mana lelaki miang itu meletakkan telefon pintarnya di dalam beg beli belahnya.

Lelaki miang ditangkap

Tindakan itu membuatkan sekumpulan orang awam yang lain memperhatikan tindakannya dan menangkapnya. Lelaki miang itu kelihata cemas dan mahu melarikan diri.

Menurut sumber yang sama, lelaki miang itu masih lagi seorang pelajar.

Dia terus meronta ronta cuba melepaskan dirinya. Namun kumpulan lelaki yang menangkapnya itu tidak melepaskannya. Dan menyiasat apa yang dirakamnya.

Netizen mengucapkan syabas kepada orang awam tersebut yang berjaya menangkap lelaki miang itu.

Mereka juga berharap lelaki miang tersebut dikenakan tindakan perundangan. Kerana kelakuannya itu adalah satu jenis jenayah gangguan seksual yang dilakukan secara terbuka.

Kemudian ada yang menganggap lelaki miang itu betul betul ada masalah mental dan sanggup melakukan perkara seperti itu di tempat awam.