Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, seorang lelaki OKU telah terlanggar tapak perniagaan di pasar tersebut yang, telah dipukul, diseret dan dimalukan beramai ramai.

Kejadian berlaku pada 17 Januari 2025 kira kira pukul 9.30 pagi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Lelaki OKU tersebut awalnya melalui kawasan itu dengan bermotosikal. Malangnya dia telah terlanggar gerai penjaja yang menyebabkan barangan yang dijual di gerai tesebut rosak.

Ada juga makanan yang dijual telah jauh di permukaan jalan.

Keadaan menjadi tegang apabila beberapa individu di situ mulai bertindak agresif dan memukul sampai dia terbaring dan tertiarap.

@

♬ –

Lelaki OKU yang menjadi tidak berdaya itu meminta maaf dan meminta pertolongan termasuk meminta air. Namun tidak diendahkan oleh mereka yang berada di situ.

Lelaki OKU Diterajang Beramai Ramai Dan Diheret

Yang ada mereka yang hanya merakam insiden tersebut. Ketika lelaki OKU itu mahu mencuci mukanya, datang pula lelaki lain yang menyepak mukanya sehingga kepalanya dipercayai menganalami gegaran.

@

♬ –

Netizen sedih melihat tindakan mereka yang melayan lelaki OKU tersebut. Yang telah dibelasah beramai-ramai.

Ada juga yang berkata: “Sekalipun dia bukan OKU, kalau dia terlanggar tidak sengaja, janganlah diperlakukan seperti itu. Minta sahaja ganti rugi kerosakan.”

Polis dilaporkan sudah menerima laporan tentang perkara tersebut. Dan sedang mencari beberapa individu untuk membantu siasatan.

Orang ramai benar benar berharap mereka yang tunjuk samseng dalam video tersebut agar dihadapkan ke muka pengadilan.