Seorang lelaki berpangkat Datuk dan dua anaknya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian kerani kewangan yang mayatnya disumbat dalam guni, dua minggu lalu.

Menurut Berita Harian, Datuk V Nanta Kumar, 51, dan dua anak lelakinya, Miren Ram, 24, dan Krithik Ram, 22, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, menyebabkan kematian lelaki warga India, A Vinayagamoorthy, 41, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian.

Baca Juga:

Mengikut pertuduhan yang di bacakan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, ketiga mereka didakwa melakukan kesalahan membunuh di tapak besi buruk di Jalan Bersatu BS 5, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini pada 1.30 tengah hari, 4 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca dengan Seksyen 34 akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.